There was an error in this gadget

Monday, April 18, 2011

I m back!!!

Assalamualaikum wbt..


Hari ni hari pertama aku naik kerja selepas bercuti pantang... Ishh... naik kerja je sudah masuk ke bangunan baru.. dapat bilik pula tu.. eheh.. bukan sorang tapi bersama sorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dan sorang Pembantu Tadbir.. Wowww!! Ini sudah syok..!


Pagi2 aku dapatkan mood dulu kat tempat baru... Jumpa kengkawan dan bersalaman macam baru nak kenal pula... Sesuka hati aku je tetiba apa punya mood happy datang terus nak jumpa Ketua Unit... Dia masa tu nak turun ke kafe.. tapi aku cakap nanti lah dulu, kita bersalaman lah sebab aku baru naik kerja nih.. Dia pun dengan senang hati berbuat demikian dan berkata nak melawat aku kat rumah tapi aku ni pi rahsiakan tempat tinggal aku pula.. Aduyai... terkena aku.. Bukan nak rahsiakan tapi aku ni apasal tah...malu yang amat sangat time tu.. sebab tu tak nak jumpa orang.. Muka aku confirm dalam keadaan huduh...


Uwaaa...

Hari pertama je aku da ada kerja.. apa lagi pasal Audit ISO ler.. Shiokkk..!!!! Aku suka buat audit.. Tugasan ni memang aku suka...sangat sangat... Kena kumpul bahan bukti dulu... Tapi diorang ni bagi tugasan agak last minit.. Dengarnya awal bulan Mei ada pre audit..hurmm... bersengkang mata ooo..


terujanya!!!
:p seha

No comments: