There was an error in this gadget

Monday, September 03, 2012

Tiket Free Legoland Malaysia

Pagi-pagi lagi kawan aku dah mula cerita pasal tiket free untuk ke Legoland Malaysia. Maklumlah, semalam punya cerita tak habis lagi. Semalam, Sakila bagitahu ada kawan-kawan yang dah pergi ke Legoland dan boleh masuk free untuk lihat sahaja. Tak boleh main permainan di sana. Tapi mesti masuk sebelum hari Legoland dibuka secara rasmi pada 15 September 2012 ni. Aku pun siasatlah lagi kebenarannya. Betullah seperti yang aku dengar. Boleh masuk free sebelum dibuka tapi tak boleh main permainan.
 
Petang semalam, En. Mohktar dari Unit Kaunseling buat announcement kepada sesiapa yang berminat nak dapat tiket free ke Legoland Malaysia, mesti hadirkan diri pada hari ini sebelum jam 4 petang dan bawa name tag kerja sekali untuk pengesahan. Korang akan dapat lima tiket free lagi. Tarikh masuk Legoland ialah pada 10 September ni. Bunyi sangat menarik. Dari tempat kerja, ikut highway Nusajaya dalam 10 minit jer untuk aku ke sana. Tapi aku tak pergi ambil tiket free tu. Sebab utama, announcement tu dibuat pada jam 2.30 petang. Dah habis waktu lunch. Rasa tak amanah pula keluar pejabat bukan atas tugas rasmi. Sebab kedua, 10 September ialah hari Isnin dan aku banyak kerja nak buat di office sebelum program besar unit aku pada 18 September nanti.
 
Kisah orang yang pergi ambil tiket free semalam di Legoland Malaysia.
 
Tak sangka aku rupanya ramai kawan-kawan yang pergi ambil tiket free semalam. Mereka keluar office dengan izin atau tidak, wallahualam.. Siap ambil gambar and post it to facebook. Wow.. bahaya betul.. Kalau la Tuan Pengarah tu antara friends facebook korang.. tak rasa bersalah ke bila beliau baca dan lihat gambar tu? Apa pun, jujur pada diri sendiri.. itu satu integriti..
 
Hint to persuade Mr. Hubby
 
Malam tu sambil-sambil menonton buletin utama, aku saja bual-bual kosong dengan mr. hubby. Actually, hint to persuade untuk pergi Legoland sebelum dibuka rasmi pada pengunjung. Aku bagilah ayat masuk free untuk lihat sahaja tak boleh main permainan seperti yang kawan aku bagitahu tu. Dapat tengok pun jadilah. Beliau diam tapi dengar tak dengar je.. Jawab pun asal respond perbualan. Hurmm.. (' ',) Result on this..?
 
Tiket Free Legoland Malaysia
 
Sebenarnya ada cara lain lagi kalau nak dapat tiket masuk free ke Legoland Malaysia tu. Caranya, beli saja susu dutch lady kid promo pack atau biskut munchy promo pack atau voucher KFC. Tiket tu untuk kanak-kanak. Nilai tiket RM110. Syaratnya kena beli tiket dewasa RM140 baru dapat satu tiket free kanak-kanak dengan membawa keratan promo pack tadi.
 
Okey.. No hurt feeling.. Jangan streeskan diri korang dengan kisah Legoland ini. Bila-bila masa pun boleh pergi kan? Dah dekat dah ni.. Dalam Malaysia je. Paling penting masa, wang dan tenaga memang diperlukan. Bersiap siaga dulu.. Tak perlu ikut kata orang.. Ikut diri dan kemampuan sendiri adalah lagi baik.. Legoland tu tak lari ke mana pun... Dahh... tarik nafas korang panjang-panjang... Istighfar banyak-banyak.. Korang akan lebih lega lagi lepas ni.. Aminn..

No comments: