There was an error in this gadget

Wednesday, August 24, 2011

Who is Cleverer? Teacher or Student??

This story were being told by my friend Mynn Aziz in year 2008. Good one.. this will make people think twice before lying...
Who is cleverer? Teacher or student??
One night, four college students were playing till late night and didn't study for the test which was scheduled for the next day.
In the morning they thought of a plan. They made themselves look as dirty and weird with grease and dirt. They then went up to the Dean and said that they had gone out to a wedding last night and their return the tyre of their car burst and they had to push the carr all the way back and that they were in no condition to appear for the test.

So, the Dean said they can have the re-test after 3 days. They thanked him and said they will be ready by that time. On the third day, they appeared before the Dean. The Dean said that as this was a Special Condition Test, all four were required to sit in seperate classrooms for the test. They all agreed as they had prepared well in the last 3 days.

The test consisted of two questions with the total of 100 marks.
Q.1. Your Name ......................( 2 MARKS)
Q.2. Which tyre burst? .............. ( 98 MARKS)
a) From Left
b) Front Right
c) Back Left
d) Back Right ....!!!
And you know what? This is the true story from IIT Bombay .. Batch 1992-96. Could you imagine if this happened to you and your good friends when cheating people especially your teacher?  Hahaa...
Mynn Aziz and her Darling Amely Batrisya =)
Thank you Mynn Aziz for remind me that we must think before speak.. LOL!
Seha ^_^

Monday, August 08, 2011

Kisah Setia Seorang Sahabat di Malam Raya


Kisah di bawah ini tidak ada kena dengan orang yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia...

******

Pejam celik, pejam celik je dah nak  raya. Dah lama aku tak balik kampung.. Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luar negara. Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung, jumpa mak abah dan adik-adik kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar  berita. Apa cerita Naim ye? Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gile kat aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu  masa kecik main sama-sama. Bila dah belajar... lupa kawan! Raiz senyum sendirian. Terkenang zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim.

Bas yang terhenyak-henyak dek jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan kenangan. Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek  kempung menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz 'nerd'! Selalu kena buli. Naimlah yang selalu jadi 'bodyguard'nya. Tapi sejak belajar di luar  negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga mesti  terlopong melihat perubahan dirinya. Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi  berhenti di bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir sepuluh minit. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk mencangkung  di bawah tiang lampu. Seakan macam dikena lin ya orang itu. Raiz menghampiri.  Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak kemuncut. "Wey!  Siut! Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya! Apa kau buat tepi  jalan malam-malam camni?" Razi bersuara sambil memeluk Naim  yang terkekeh-kekeh ketawa. "Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK ! Balik Malaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak?" Naim menepuk-nepuk bahu Raiz.

Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya. "Biasa la! zaman bersedar, manusia pun  kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?" Naim tidak menjawab soalan Raiz, cuma  tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga ke bawah.. Ada   perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut, selekeh dan kakinya sedikit  tempang. "Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau tu? Lagi satu aku tengok kau  ni macam ada masalah je..." tegur Raiz. Naim kelihatan murung.


"Aku  memang ada masalah pun. Eh! kau ni terus balik rumah ke?" Naim mengubah  topik.

"Cadangnya gitulah!"

" Ala ! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah lama tak borak dengan kau. Banyak benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak  jumpa kau!" pujuk Naim lalu menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz  mengikut sahaja.

"Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok aku balik  la! Boleh terus siap untuk sembahyang raya!" kata Raiz dalam hati.

"Eh?  Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan apabila mendapati  suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangi cahaya pelita  minyak tanah! Naim menarik nafas panjang.

"Inilah! nasib aku malang betul  Iz,lepas kau pergi UK dulu, macam-macam terjadi kat aku! Mak ayah aku sakit,  aku tak dapat sambung belajar sebab nak jaga diorang..Terpaksalah aku buat  kerja kampung. Tapi mulut orang jahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja  mencuri. Kaki aku ni, tempang dibalun dek orang kampung la!" Terkejut Raiz  mendengar cerita Naim.

"Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau,  takde sapa yang datang nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak  imam je!" Naim terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang  lusuh. Raiz tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang.

"Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada  tempat nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu tepi jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau sorang  je boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah kilang pulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh! Aku cuma tunggu kau balik! Salah  ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau? Tak peduli aku makan ke, minum  ke! sakit ke! matipun diorang mesti tak ambil peduli!" Suara Naim sedikit  tinggi.

"Aku mintak maaf Naim, aku betul-betul tak tau hidup kau susah sampai macam tu sekali!" Raiz menyuarakan rasa bersalahnya. Naim cuma  tersenyum.

"Tu la kau, pergi belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak  dengar berita. Tengok-tengok balik dah jadi camni bergaya kau ye! Eh! Minumlah!  rumah aku takde apa boleh dimakan. Ni je la!". Naim menyorong gelas berisi teh  sejuk dan sepiring biskut kering. Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup Naim!

"Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni!" Suara Raiz sayu
dan pilu. Naim senyum tawar. 

"Buat apa kau mintak maaf? Aku jadi macam ni pun  bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat camana. Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk  aku kat sini! ye. Esok dah nak raya,aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung  rambut sampai hujung kaki..Halalkanlah makan minum aku selama kita berkawan.  Raya ni datanglah rumah aku ye!"

Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul berapa. Ketika matanya terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan tilam  nipis sambil tersenyum. Terus Raiz tertidur..

*****

"Astaghfirullah! Budak ni kat  sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik!" Satu suara kuat menyebabkan Raiz  tersentak dari tidur.Terpisat-pisat Raiz bangun.

"Eh? Mak!" terkejut Raiz  lihat ibunya berdiri di depan bersama ayah dan ahli keluarganya yang lain.  Berpakaian cantik dan kemas.

"Yang kau tidur kat sini pagi-pagi raya ni kenapa?  Dah takde rumah nak balik?" jerkah ayahnya..

"Eh? Kenapa pulak diorang marah  ni? Raiz memerhatikan sekelilingnya. Tiada gelas berisi teh... tiada biskut  kering! Hanya daun-daun kering yang bertaburan! Di tepinya terpacak batu nisan! Raiz melompat bangun. Raiz pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu  nisan,ada dua, tiga, malah berpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah.

"Eh?  Semalam saya pergi rumah Naim, mak... ayah!

"Kenapa?? Kau tengok... dekat  kubur siapa kau tidur tu!" Raiz segera mengamati tulisan jawi yang tertulis  pada batu nisan. Abdul Naim bin Malik.16 September 1975 - 27 Oktober 2003!  Raiz terpelangah.

"Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde,  siapa yang saya jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?"

"Budak  ni...bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggal hari pertama  menyambut puasa.. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah mak ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa dia, dah tak  ada..." terang ibunya dengan suara pilu. Raiz tambah terkejut.

Terfikirkan  pengalaman malam tadi! 'bertemu' arwah Naim di malam menjelang
raya. Kalau betul  bulan puasa tak ada hantu, apakah yang Raiz temui semalam? Petunjuk apakah yang  Allah ingin sampakan padanya terduduk disisi pusara Naim, lantas dia teringatkan  kata-kata arwah malam tadi.


"Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini ye.. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut  sampai hujung kaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan.. Raya ni  datang lah rumah aku ye!"

Serta-merta  Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naim lalu menadah tangan.  Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada arwah.

"Terima kasih kerana  mengingatkan aku! semoga kau tenang dan aman di sana!



moralnya:

jgn lupa keluarga, saudara & kawan2 semasa masih hidup. Sering-seringlah berhubung dan bertanya khabar jika tidak ada masa untuk berjumpa.



ICE ~ In Case of Emergency

We all carry our mobile phones with hundreds of names / numbers stored in its memory but yet nobody, other than ourselves, knows of these numbers belong to pur near and dear ones?

In case we are involved in an accident or had a heart attcak and the people attending us get hold of our mobile phone but don't know which number to call to inform our family members. Yes, these are many numbers stored but which one is the contact person in case of an emergency?

For this reason, we must have one or more telephone numbers stored under the name ICE (In Case of Emergency) in our mobile phones.

Recently, the concept of "ICE" is catching up quickly. It is simple, an important method of contact during emergency situations. As cell phones are carried by majority of the population, just strored the number of a contact person or person who should be contacted at dtring emergency as 'ICE'(meaning In Case of Emergency).

The idea was thought up by a paramedic who found that went to the scenes of accidents, there were always mobile phones with patients,, but they didn't know which number to call.

He therefore thought that it would be a good idea if there was a nationally recognized name for this purpose.

Following a disaster in London, the East Anglican Ambulace Service has launched a national In Case of Emergency (ICE) campaign. In an emergency situation, Emergency ervice personnel and hospital staff would then be able to quickly contact your next of kin, by simply dialling the number stored as 'ICE'.

It really could save your life, or put a loved one's mind of rest. For more than one contact name simply enter ICE1, ICE2 and ICE3 etc. Let's spread the concept of ICE by storing an ICE number in our mobile phones today! Please forward to your all nearest and dearest.


This is my lovely handphone. Small, slim and practical for me ^_^
 
 A great idea that will make a difference!,
Wo shi Seha ;P

Cara Yang Betul Bila Ajak Isteri Keluar Shopping Raya

Apabila datang hari kebesaran ini, orang yang paling banyak sekali berfikir ialah isteri kita. Memerahkan otaknya menghias ruang tamu dan hidangan meja untuk menceriakan hari tersebut. Yang paling menjemukan kita ialah apabila dia mengajak kita pergi shopping. Suami yang paling susah hati ialah isterinya yang bekerja yang ada duit sendiri. Kita tiada ‘kuasa’ untuk menahan kehendaknya. Kita lebih rela menjaga anak di restoran atau taman kanak-kanak yang berdekatan dengan kompleks beli belah dari mengekori isteri kita bershopping. Bukan kita tidak suka dia membeli barang-barang untuk hiasan rumah dan juga anak-anak sebab kesemuanya itu adalah untuk memudahkan diri kita juga. Tetapi cara isteri kita shopping itu yang sangat menjemukan kita.


Mana tidaknya, dia akan tawaf satu komplek dulu 2-3 jam dan akhirnya barulah beli barang yang nak dibeli itu. Kita suami ni pula membeli secara objektif, sampai ke car park, terus ke kedai, beli, bayar dan terus pulang. 2-3 minit aje.


Lagi menjemukan kita bila dia inginkan pendapat kedua dari kita seperti, “Bang, kain ni sesuai tak dengan Yah?” sambil diletaknya sedikit hujung kain yang masih bergolong di rak pameran di atas lengannya. Kita pun kata,“Ennn, cantik?. Kemudian dia akan ambil lagi kain yang disebelah dan diletak lagi di atas lengannya dan malah kali ini dilabuhkannya sampai ke hujung kaki dengan bertanya sekali lagi, “Yang ini pula Bang?,”. Kita pun menjawab, “Cantik juga?”. Dia pun naik kelabu fikirannya dan meminta kepastian, “Abang cakaplah betul-betul, yang mana sesuai untuk Yah?” Kita mula naik ‘fed up’. “Mana-mana aje lah” . Dengan meninggikan sikit suara agar cepat-cepat dia membuat keputusan.




Apabila dia tengok muka kita dah naik mencuka, dia pun letakkan kembali kedua-dua kain tadi dan terus beralih ke bahagian kanak-kanak untuk membeli pakaian anak-anak kita. Kita pun terasa puas dengan anggapan yang isteri kita tahu yang kita sedang marah padanya sebab banyak sangat membuang masa. Bila balik ke rumah isteri kita pula asyik bermasam muka sedangkan pakaian anak-anak semua dah dibelikan dan bahan-bahan untuk buat kek dan biskut pun semuanya lengkap. Kita pun naik pening. Harapan isteri kita pada pagi tadi yang  begitu tinggi keseronokan pergi bershopping akhirnya bertukar kepada malam yang bermuram durja. 




Mengapa boleh terjadi demikian?




Semasa kita keluar bersama-sama dengan isteri tadi, kita tidak dengan niat yang benar-benar mahu menolong dan menghiburkannya. Di dalam otak pemikiran kita masih ada agenda lain yang kita rasa lebih penting yang masih kita fikirkan. Atau kita telah membuat temujanji dengan kawan-kawan kita pada waktu yang tertentu pada sebelah petang hari itu juga. Ini menyebabkan fikiran kira sentiasa mendoakan agar aturcara shopping ini berakhir tepat mengikut apa yang kita jadualkan. Oleh itu jika isteri kita asyik membelek satu-satu kain ambil masa yang lama, kita mulalah nak menjadi ‘time-keeper’. Jika lebih waktu, kita mula naik ‘hot’.



Kebanyakan isteri kita ni amat teliti semasa membeli-belah dan ingin berjimat agar duit yang dia belanjakan itu bernilai tinggi baginya. Diikuti pula dengan cara pemikiran mereka yang menilai sesuatu barangan itu dari pelbagai sudut. Kalau kita sang suami hanya fokus kepada harganya sahaja. Tetapi isteri akan melihat dari sudut kesesuaian dengan kasutnya, sesuai dengan warna kulitnya, ada tak rakan sepejabatnya yang memiliki kain yang sama dan sebagainya. Inilah menyebabkan dia susah nak membuat keputusan. Maka pandangan kedua dari kitalah yang dia harap-harapkan sebagai kata pemutus. Jika kita kata, “Abang suka yang ini sebab corak dan warnanya memang abang suka.” Pasti dia akan kembang kincup hidungnya dan terus membeli kain itu dengan hati yang riang.  Nanti apabila rakan-rakannya komen, dia akan berkata, “Baju ini abang I yang pilih kainnya”. Di berasa puas yang kasihnya terbelai. Abangnya telah menghargainya. Dengan hanya menyatakan sukanya kita atas pilih itu sudah cukup untuk mengembirakan dia pada bulan itu. Bukankah kita juga yang bahagia jika isteri kita gembira.




Pergi shopping adalah satu aktiviti yang dapat menghilangkan stress bagi isteri kita dan malah menyeronokan pula kerana:


1.  Hiasan di komplek itu menyeronokkan dan melegakan dia. Sebab di rumah dah jemu hiasan dalamnya.


2.  Pengunjung yang juga bershopping adalah “peragawati” bagi isteri ini melihat fesyen yang mereka pakai.


3.  Dia pula yang sengaja mengenakan fesyen up-to-date, menjadi jelingan rujukan pengunjung yang lain juga. Rasa megah di hati jika ada yang menjeling padanya.


4.  Hiasan perabut dan susun-atur di kedai adalah  rujukan hiasan  dalaman di rumahnya.


5.  Dapat memegang dan memakai pakaian yang diminati, lebih meningkatkan kepuasan menilai pakaian sebelum dibeli.


6.  Mengetahui harga barangan terkini adalah satu senjata tawar menawar untuk mendapatkan harga termurah, terkualiti dan terpuas.


7.  Dapat membeli barangan / pakaian yang diimpikannya (diangan2kan) itu laksana bulan jatuh ke riba, 2-3 hari masih seronok menceritakan kepuasan dapat memilikinya.




Oleh itu, jika kita telah bersetuju untuk bersama dengannya pergi ‘shopping’, maka letakkan niat untuk menolong dan menghiburkannya pada hari itu. Sebelum melangkah ke pintu, Angkat tangan dan tadah ke langit dengan menyebut niat,


“Sahaja aku keluar shopping untuk menghiburkan isteri pada hari ini kerana Allah Ta’ala”.


Kosongkan agenda lain yang mungkin mengganggu perjalanan agenda shopping di kepala kita. Pohonlah keberkatan dari Allah sehari bersama dengannya ini

Ok. Selamat mencuba yer para suami di luar sana.. ;p


Seza is Seha ;D

Sunday, August 07, 2011

Mengapa Yahudi Bijak?

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..

Entry kali ini saya cuma nak kongsi berkaitan satu email yang saya terima daripada seorang sahabat saya bernama Saufi Affandi Jamaluddin. Terima kasih Sopi :). Saya tahu, dia pun setakat forward aje artikel ini kepada saya. Sebabnya yang baik jadikan tauladan. Yang buruk jadikan sempadan kan? Kan? Kan Sopi?~ Ulasan saya sedikit untuk artikel ini ialah apa yang akan anda baca semua ini telah pun di ajar oleh Nabi Muhammad SAW kepada umatnya melalui sunnah-sunnah Nabi. Cuma kita umatnya sahaja yang selalu lupa untuk mengikutnya.

P/s: Saya juga telah meng"highlight"kan key words penting. Manalah tahu kalau korang suka nak ambil ingatan sepanjang pembacaan. Selamat membaca.. ;p


Mengapa Yahudi Bijak?


Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu Mengapa Yahudi Bijak?. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, kejuruteraan, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, di mana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?
 
Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun. Ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum-kaum lain.
 
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku matematik dan menyelesaikan masalah matematik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku matematik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya. Oleh kerana saya memang minat tentang matematik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "Ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan. Saya sedang melatih otak beliau, semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak".
 
Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada matematik tadi, tanpa merasa jenuh beliau membuat latihan matematik sehingga beliau melahirkan anak.
 
Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau. Sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu dan untuk tengah hari makanan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang. Menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
 
Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yang sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja. Jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
 
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah- buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.
 
Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan di rumah Yahudi, jangan sekali-kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yang dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang genes dan DNA.
 
Para perokok harap ambil perhatian. (Ironinya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah tekalah sendiri..!)
 
Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka. Pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal. Makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Di dalam pengamatan saya, kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris. Dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin.  Ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak). Maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri dari kaum Yahudi.
Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak-anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi.

Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari. Menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perkhidmatan negara.
Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini pelajar-pelajar ditekan dengan matapelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan kejuruteraan. Idea itu akan dibawa ke institut tinggi di Politeknik dan Universiti.
Satu lagi yang di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun di Universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai perniagaan di dunia! Siapakah yang mencipta design Levis yang terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti perniagaan dan fesyen.
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka. Menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala. Banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk (sujud). Kalau berzikir, mereka menggoyangkan kepala kiri kanan. Ini dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif.
Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang Jepun yang pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!
Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yang bernas, jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatankuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yang perniagaan mereka menurut landasan yang betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell computer, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama di bawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York.

Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.
Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar muzik klasik (Tapi untuk umat Islam, saya cadangkan banyakkan baca Al-Quran dan mendengar orang mengaji Al-Quran.. Daripada korang melantak dengar muzik bagai jadah) .

Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yang elok dan berkhasiat dan baik untuk otak. Menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak-kanak. Dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yang memerlukan konsentrasi yang tingg seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.
Merokok menjanjikan generasi yang moron (bodoh) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti dianak-tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok. Anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7!!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel. Maka saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negera Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!
Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi bodoh. Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! Dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang, berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yang dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Di tangga keberapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa. Adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival. Yang ingin saya ketengahkan ialah mampukah kita dapat melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi? Jawapanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan. Dari segi pemakanan dan cara mendidik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya setelah saya mengajar anak saya melalui program yang telah saya nyatakan di atas tadi. Pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang lima mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai "Mengapa saya gemarkan tomato!"
Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
Dr. Stephen Carr Leon
FINISH.

Can You Read This?

fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too
Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe can.

i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you cansitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt!

Good Lcuk!

Seha ^_^

Friday, August 05, 2011

Petua: Bagaimana Hendak Menjadi Isteri Yang Sentiasa Dara

Petua ini daripada Dr. Fatimah Az-Zahra

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

("Abqaro" ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.



Caranya:
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga .

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:


(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara
(yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan. 


Pada aku, ayat ini bukan sahaja sesuai untuk kaum ibu tetapi kepada semua wanita cantik, jelita, anggun, lawa, cun, tak cun , tak cantik.. ops.. semua di dunia ini okey..


Seza ^-^

Wednesday, August 03, 2011

Awak.. hati hati..

Awak, saya nak bagitahu ni.. petang semalam semasa saya sampai di kawasan rumah kita, ada sebuah perodua viva warna hijau agak mencurigakan sedang meninjau-ninjau kawasan perumahan kita. Seperti biasa saya parking di bawah pokok hadapan rumah kita untuk keluar membuka pintu pagar. Tiba-tiba mak telefon bagitahu bahawa dia sedang dalam perjalanan ke rumah kita sebab nak bagi buah durian, katanya Haji Akob yang beri kelmarin. Dalam masa yang sama,  saya terkial-kial hendak membuka pintu pagar dengan handphone terkepit di telinga. Kereta viva hijau itu meluru ke arah rumah kita. Kebetulan saya juga baru parking dalam porch. Kereta itu siap dah brek dan hendak berhenti. Saya agak pelik sebab kenapa ada tetamu pada waktu itu. Saya dapat melihat muka pemandu dengan jelas. Dalam kereta tersebut ada empat orang lelaki muda melayu. Pemandu tersebut melihat ke rumah kita. Mungkin kerana awak dah ada dalam rumah dan langsir pintu sliding terbuka, pemandu tersebut terus bergerak semula. Mereka keluar simpang dan ke arah kiri. Pergerakan kereta itu juga bukanlah laju kerana kelihatan seperti meninjau-ninjau rumah yang lain pula. Awak, saya sempat mengingati nombor plat kereta tersebut. JLN3809. Kalau ada apa-apa terjadi akan datang, saya harap awak tahu apa nak buat.. Ok. Dah. Sekian untuk awak amik tahu..

p/s: Kalau pemilik kenderaan tersebut ada membaca kisah di atas, terus terang saya katakan "I don't know you and I know you don't know me too. I feel you are so stranger and not resident in my area. So that, I must be caution!."

Ramadhan is back



Selamat berpuasa semua.. Saya sangat gembira dengan kehadiran bulan Ramadhan. Bulan yang ditunggu-tunggu sebab inilah masa untuk kawal makan dan dapat diet. Time ni jugak boleh turunkan berat badan. Tak banyak..setakat satu hingga dua kilogram aje.. Pastu raya nanti naik balik.. jadi normal.. lepas tu berusaha balik turunkan berat badan.. Lepas tu naik balik kalau tak jaga pemakanan.. Lepas tu berusaha balik turunkan berat badan lagi.. Ulang ulang dan ulang.. macam gitu je la sejak menempuh alam pekerjaan ni..

****