Monday, August 27, 2012

Salam Aidilfitri

Seminggu berpuasa Ketua Unit aku buat permintaan.. Owh.. Satu permintaan yang tidak aku duga.. Beliau minta kami semua berbaju raya dengan konsep pink. Apa lagi aku pun geladah dari almari mencari baju kurung lama yang sesuai dan masih elok untuk dipakai pada tarikh ditetapkan. Bersiap ala kadar seperti seadanya sahaja. Lagipun, tahun ini aku memang tak buat baju raya.. Dalam masa yang sama kami sibuk menghias work station sebab combined dengan Hari Kemerdekaan yang ke 55 tahun. Tema "Janji Ditepati" sangat sesuai untuk tahun ini. Secara jujur aku akui bahawa apa yang PM katakan, banyak dikotakan. Tahniah dan syabas Dato' Seri. Semoga usaha anda akan terus diberkati dengan makmurnya negaraku..
 
Berbalik pada sambutan hari raya dan hari kemerdekaan. Seperti tahun lepas, aku masih lagi menjadi orang yang sibuk dan bersemangat untuk membantu menghias dan memberi idea konsep. Bezanya, tahun ini aku terus dengan inisiatif sendiri sebab rakan yang lain sibuk dengan tugasan yan lebih utama. Bukan aku tiada kerja utama yang hendak disiapkan, tapi tugasan itu akan lebih sibuk selepas naik raya. Masa itu aku akan fokus  dan sekaligus resign tugasan hiasan ini.
 
Haa..haha... selepas ambil gambar ini baru aku perasan yang aku terlupa nak tanggalkan name tag..


Gambar ini aku fokus kami bertiga sahaja. Gelihati aku tengok Raja Zarina dan
W Nur Fatihah ni berebut ketupat.. Sedang aku dah dapat satu.. ;p
Ini ialah antara geng daripada perjawatan dan penilaian kompetensi. Yang tiada dalam gambar ialah Zulkifly, Rostam, Rokiah dan Shafazilla. Mereka dah bercuti raya lebih awal. Cuma shafazilla yang untung sebab dia confinement dalam bulan puasa dan hari raya.. Jimat cuti tahunan dia.. kan?

 
 
Dikesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya dan mohon maaf andai ada tersilap kata, terkasar bahasa dan halalkan makan minum aku selama bersama korang. Semoga tahun ini lebih ceria berbanding tahun sebelumnya.. Aminn.