There was an error in this gadget

Tuesday, May 31, 2011

Saya yang membebel...

Awak, awak tau tak pagi tadi saya geram dengan awak? Awak cakap kat saya Maysara nak demam tapi awak tak nak tolong amikkan ubat dia dalam peti sejuk tu. Awak tinggalkan saya dengan May semasa saya pergi amik ubat tu. Terkial-kial saya dukung May. Mana nak bawa beg dia lagi, mana nak tutup pintu lagi.. nak pakai kasut kagi.. Awak tau tak susu May jatuh kat depan pintu..  nasib baik tak terbuka dan bersepah susunya. Masa tu pun May dah merengek2.. Awak tau kan saya dah terlambat tadi… Saya kan dah pernah cerita kat awak kalau saya terlambat, nanti saya akan bawa kereta macam drift. Peraturan jalan raya akan saya ubah dari Malaysia ke Australia.. Sebab kat Aussie, traffic light merah simpang empat boleh belok jika tiada kenderaan mendatang atau jika kita rasa selamat nak redah..
Awak, tolong lah saya.. susah ke hulurkan pertolongan.. Sekali sekala tolonglah kemaskan beg sekolah dan baju untuk Ibra dan May.. tolong lah.. Sekarang mungkin Ibra dan May dah biasa tengok saya tak menang tangan..Kalau satu hari nanti saya dah tiada, awak nak buat macamana? Boleh ke awak buat macam mana saya buat untuk mereka?

Awak, kerjasama tu penting tau..
Wo shi seha (T_T)

Sampai ke hati awak..

Awak, sampai hati malam tadi awak tanya saya macam mana nak batalkan kelas sabtu ni. Awak tak nak balik rumah mak saya seberapa lama, saya sabar lagi. Tapi jangan batalkan kelas saya semata-mata awak nak balik rumah mak awak untuk hantar motor adik awak yang dah lama terperap kat rumah kita tu.. Saya tak kisah motor tu ada kat situ. Tapi kenapa tiba-tiba awak nak hantar balik sedangkan awak tahu kelas pertama saya bermula sabtu ni? Dua minggu lepas masa balik rumah mak awak kenapa tak nak bawa balik motor tu? Awak, jangan buat saya macam ni..
Wo shi seha :’(

Saya tak nak tempat pertama..

8.30 pagi hari itu aku menghadiri meeting kecil Unit berkaitan  perlaksanaan pembangunan organisasi  pada 25 Julai nanti bersama pihak kementerian. Sedang kami berbincang, setengah jam kemudian, macam biasa ada pulak announcement department. “Kepada yang berminat menyertai pertandingan mendeklamasikan sajak sempena sambutan hari guru tahun 2011, bolehlah menghadirkan diri bla.. bla..bla..”
Kami yang sedang bermeeting ni diam seketika. “Hmm… ganggu betul la announcement ni..”  Ketua Unit aku yang cakap.. Aku pun angguk je tanda setuju.. ececehh.. sebenarnya aku tak pun rasa terganggu.. aku suka nak dengar berita terkini department.. Selepas announcement, kami sambung meeting.  
“Tiiitt…”bunyi SMS kat tepon aku masuk. Mesej from Hajar..  Kawan aku dari Unit ICT.
~Akak, cepat p join. Akak kn suke brdklmasikn sjak. Sya tukang sorak J :B ~
Aku terkedu. Sejak bila pulak aku pernah mengaku kat dia yang aku suka bersajak segale? Aku reply kat dia,
~Takut dan maluuu..~
“Tiittt”bunyi mesej sampai lagi..
~Kte teman, tahun lepas Nadia dpt no 3. Klu akak mnang leh kte tmpang sekaki. Hehe.. kte ni suruh org, kte sndri malu~
Aku reply lagi..
~Malu.. Zmn skola sy plg rajin join debat, forum, syarahan, psembahan pentas  kt hari guru dan semua segala. Teruja setiap masa. Tp skg MALUU..!~
Mesej terhenti.
 Breettt..breett.. vibrate dari fon aku.. Aku jawab call dan terus kedengaran satu suara “Hello, akak, tengah buat apa.. Kita…”Belum sempat suara itu habis bercakap aku dah potong ayat dia “Aku tengah meeting.. kejap lagi call” Suara tadi jadi hampa sikit “Hmm.. takpelah.. nanti saya cal akak balik tau.. Atau saya hantar SMS kat akak”. Aku ok kan aje..
Meeting tertangguh  sampai jam 11.15pagi. Aku call Hajar balik, nak tanya dia selanjutnya.. tapi panggilan tak berjawab. Jadi aku hantar SMS dan dia reply;
~jap lg ek, kte kat bgnan baru~
~O. Jd singgah je la tmpt kita~
~Tak boleh. Dah nk rehat ni. Nk tngok korea J. Xpe nnti kte cal~
~Eceh.. Korea lbh utama ye.. Nti sy doakan awk menetap kt Korea~
~Haha. M’sia tapdhati. Xnk mntap dsna. Klu dpt jdoh org snanak ar. Bsar tpak tngan, stadium larkin sya tdahkn~
~Kihkih.. Buat mjlis kt stadium plak.. Nti sy doakan hyeong jun bin~
Senyap… Waktu lunch pun habis.. Aku sambung keja cam biasa sambil tunggu panggilan Hajar.. tunggu..tungguuu… Masa berlalu macam tu jer..  3.16pm aku hantar SMS…
~Makcik! Drama korea x abis lg ke?~
Breettt.. Breettt.. Vibrate fon aku.. Panggilan dari ofis Hajar.. “Akak, sorry. Drama Korea dah lama abis jam dua tadi.. Tapi kita terlupa la.. Sorry.. jgn marah tau”
“Tak la, tak marah.. ingat korea tak abis lagi.. ada apa?”
“Akak, tak nak masuk pertandingan deklamasi sajak tu ke? Kalau akak menang, boleh saya tumpang syer hadiah kemenangan tu..”
“Tak nak la Hajar.. Nanti akak boleh menang. Akak tak nak tempat pertama tu”.
“Kenapa?
“Sebab akak nak nombor dua la..”
“Lar.. apasal pulak.. Nombor satu hadiah duit besar sikit..”
“Memang la duit dapat banyak.. Tapi nanti masa monthly assembly kena bersajak kat depan orang ramai plak.. Maluuuu… “
“Kihkihkih.. ha,ah ekk..  Akak ni dah macam dalam babak satu drama korea yg saya tengok la..”
“Korea lagi.. akak tak tengok la.. Kenapa babak tu?
“Dlm babak tu, ada seorang miskin masuk pertandingan ‘siapa boleh makan paling banyak’. Orang miskin ni dia menang tempat pertama tapi dia nangis sebab nak nombor dua.. Macam akak la nak nombor dua. Dia nak nombor dua sebab dapat duit. Hadiah nombor satu dapat buku masakan yang mahal harganya.. kihkihkih… sebab tu dia tak nak..”
“Oo.. Itu dah betul Hajar.. Tapi yang ni semua dapat hadiah duit.. Cuma tmpat pertama je kena bersajak depan orang ramai.. Malu la..”
“Tu la.. hmm tak pe la.. dah bukan rezeki saya nak merasa hadiah kemenangan akak..”
“kihkihkih…”
Hajar.. kau ni memang tau!

Thursday, May 26, 2011

Jom kita exercise kat pejabat...

Kalau dah stress atau mengantuk sangat - ambil masa 7 minit untuk buat
senaman ringan ini..

ikut la arahan betul2...


ni ala taichi sikit la...
sebagai intro dan warming up..



tiru la macam ni...
untuk melegakan bahu dan leher..



wa..wa.. aaa



gerak kekanan kemudian ke kiri..



gerak ke kiri kemudian ke kanan



ikut je ler... jangan terpusing kepala udah la..



tepuk! kuat kuat kat dahi..
ni untuk hilang mengantuk..



dah tu buat gerakan tangan dan badan...
buat macam happy aje..



kemudian goyang2 kaki dan badan sikit...
buat macam takde masaalah...


buat secara aggresive  pula...
jangan peduli apa orang lain kata..



hilangkan semua stress...



pusingkan kepala...



tengok muka kat cermin
sambil goyang2.. lawa tak...


akhir sekali
buat joget kucing...

kalau tak hilang juga
ambil bantal kecik gi tidur
aje..
 
Selamat meringankan badan,
wo shi seha ;p

Jom kita pergi driving range golf.. yeay!

Assalamualaikum wbt..

Ermm.. bestkan perasaan kita kalau dah selesai suatu perkara penting dan ia berakhir dengan kejayaan. Dan dengan kejayaan itu, saya rasa sangat gembira dan teruja bila diberi peluang ke driving range golf. Walau tempat yang saya pergi tu tak la sehebat mana, tapi boleh la untuk mereleasekan semua perasaan.. Sangkar Kristal di Pasir Pelangi.. Sebuah tempat lama yang saya banyak lalui dulu-dulu kala..

Inilah kami yang teruja

Alia membuat pukulan harimau bintang menggunakan kayu golf halimunan dia.. hahahh..


Alia mencari bola golf yang dipukul tadi..

Amboi.. posing jer korang ni heh...

Hepi selalu,
Seha ;)

Wednesday, May 25, 2011

Lets Celebrate!

Hari Audit ISO yang ditunggu-tunggu dah pun selesai.. Keesokkan pagi, aku ajak la Alia pegi celebrate atas kejayaan audit tersebut. Kami breakfast  kat mc d. Lama sungguh aku tak makan mc d...


Ini lah apa yang kami order ;p

Kami yang secara tak sengaja memakai baju tema yang sama

Dan kegembiraan terpancar diwajah Alia :)

Ok.. selepas itu kami pun makan dengan penuh nikmat.. Syukur... Ameeen.. Jangan lupa baca bismillah....

Makan untuk terus hidup,
Seha ;p

Aku rasa takut dan terancam!!!

Assalamualaikum wbt.

7.41am
Mood pagi ini: TAKUT dan TERANCAM

Seperti biasa aku keluar rumah awal pagi. Jam 7.03pagi aku bertolak ke tempat kerja. Suasana pagi suram dan sejuk agak mendamaikan. Laluan pertama aku ialah di Taman Setia Indah. Kemudian aku akan melalui Taman Daya. Di jalan utama iaitu Persiaran Taman Daya akan ada simpang-simpang sama ada masuk ke kiri atau kanan iaitu kemudahan untuk penduduknya ke rumah masing-masing. Di jalan utama yang lurus itu mempunyai 2 lorong bagi setiap haluan tidal flow. Bila dikatakan jalan utama semua orang tahu bahawa jalan itu akan sibuk dengan banyak pergerakan yang hectic khususnya kenderaan yang masing-masing berebut ke tempat kerja. Aku salah seorang yang berada ditengah-tengah kesibukan itu. Laluan aku di jalan utama itu cuma lurus sahaja sehingga ke penghujung jalan yang akan jumpa traffic light simpang tiga. Senang kata, selagi tak jumpa penghujung di simpang tiga itu, apa sahaja simpang atau traffic light di sepanjang laluan lurus tersebut, aku tak perlu mengubah haluan. Ya, tidak perlu ubah haluan.

Macam aku katakan awal tadi, kerana suasana pagi yang mendamaikan itu, maka aku gemar berada di lorong kiri. Kelajuan kenderaan aku  masa itu ialah 50kmj. Laluan lurus di situ agak menurun bukit sedikit, jadi tak perlulah aku tekan minyak lagi sebab kenderaan sudah menggelongsor laju. Pendekkan cerita, sebelum aku jumpa traffic light kedua, aku akan berselisih dengan satu simpang dari arah kiri. Aku paling tak suka simpang ini kerana banyak kenderaan yang keluar dari simpang itu bagaikan tidak tahu peraturan jalan raya. Mereka seperti tidak melihat kiri kanan kenderaan yang datang sebelum mereka keluar dari simpang.

Dipendekkan cerita, datang sebuah kenderaan Toyota Rush berwarna hitam keluar dari simpang kiri itu. Kereta baru tu... Hmm.. Masa tu, aku sudah sangat hampir dengan simpang tersebut. Agak terkejut, jadi aku tak sempat nak tekan brek untuk bagi laluan kepada Toyota Rush tersebut yang tak tahu peraturan jalan raya itu lalu dahulu. Toyota Rush itu pula tidak langsung memberi sebarang signal untuk keluar simpang. Mesti korang dah boleh agak apa aku lakukan. Apa lagi aku honk sedikit supaya Toyota Rush itu alert kehadiran aku yang tak brek dan tak dapat nak bagi dia lalu. Aku melepasi Toyota Rush  itu bagai tanduk dihujung nyawa. Sipi-sipi hampir bergesel dengan kenderaan dia. bagaimanapun, selamat sebab tak berlaku kemalangan. Tapi tak sangka tiba-tiba Toyota Rush itu high beam lebih kurang 6saat. Apasal tah aku boleh nak kira masa high beam itu berlaku. Tiba-tiba aku rasa tak sedap hati. Di traffic light, aku menukar lorong paling kanan sebab aku tahu lorong kanan itu tidak akan terganggu dengan kenderaan keluar masuk station minyak, hentian bas dan kenderaan ubah haluan belok ke kiri. Selalunya lalaun kanan akan terhenti sekejap kerana di depannya ada satu lagi traffic light. Laluan kiri pula akan sentiasa bergerak kerana yang aku sebutkan tadi.

Betul perasan hati aku. Toyota Rush itu berhenti di sebelah kereta aku dan membuka tingkapnya sedangkan dihadapannya tidak ada kenderaan yang menghalang perjalanan dia. Aku menoleh ke kiri. Aku senyum sedikit. Seorang lelaki melayu berkopiah putih. Aku tak perasan pula baju kemeja atau jubah. Mungkin juga berbaju jubah sebab baju yang dia pakai berwarna putih krim. Dia pakai celak hitam keliling mata. Kening hitam. Mukanya nampak garang dan jenis macam orang tengah bertaubat nasuha kepada Allah. Aku jadi takut dan terancam apabila dia buat jari fuck kepada aku. Siap amik gambar pakai handphone dia. Masa dia nak amik gambar tu, aku cepat-cepat pandang ke depan sahaja. Takut sangat kerana bimbang dia akan cari aku suatu hari nanti untuk mengapa-apakan aku. Ye lah, diakan dah amik gambar aku. Tak mustahil masa dia high beam kereta tu, dia juga mencatat nombor kenderaan aku. Sedih aku sebab dia tak dapat menunjukkan sifatnya berdasarkan pakaian dan kopiah di kepala. Baru aku faham, kenapa orang selalu berkata "don't judge the book by its cover".

Dari ekor mata, aku nampak Toyota Rush itu beredar. Sangkaan buruk aku timbul pada lelaki itu ialah dia tak puas hati dengan aku sebab honk kereta dia. Tambahan pula dia nak amik gambar aku,  aku pula cepat-cepat pandang depan sahaja..Aku sempat tengok nombor plat dia ----745. Hehee... aku pun kena bertindak protect diri untuk masa akan datang. Kalau terserempak lagi dengan kereta itu, bolehlah aku elakkan dari bertembung. Nauzubillah himinzalik, minta dijauhkan. Subhanallah..

i need a protection,
wo shi seha (-,-)

Tuesday, May 24, 2011

I Love You.. wo xi huan ni.. watashiwa anata ga sukki dessu... saya sayang awak!!

Assalamualaikum wbt..

Tiba-tiba sekarang ni aku berada dalam mood sayang, rindu, keibuan, cinta dan satu perasaan macam lembut je rasanya.. Aku teringat pada Muhammad Ibraheem dan Umee Maysarah... Anak kecil yang comel dan baik. Sangat menghiburkan hati aku. Tak sabar rasanya nak balik rumah dan dakap mereka berdua. Nak cium pipi mereka kuat-kuat.. peluk kuat-kuat.. melayan mereka bermain.. berbual.. menyanyi.. berlari... dukung.. 


Ibra yang manja dan Umee yang suka beralah dengan Ibra.. So sweetttt.. ;p Kalau bab mandi, biasanya aku akan mandikan Ibra dulu barulah Umee. Kadang-kadang je mandikan Umee dulu.. Biasanya aku akan mandikan sorang2 sampai dia selesai pakai baju. Selepas mandikan mereka, tibalah masa yang sangat aku suka iaitu urutan kasih dan sayang seorang ibu. Gunakan minyak telon sapu pada bahagian perut dan baby oil pada seluruh badan. Siap aku nyanyikan mereka sebuah lagu yang sangat sesuai dinyanyikan ketika mengurut badan bayi.. Oh ye, kat bawah ni aku sertakan apa yang aku nyanyi.. Tajuk lagu ni Touch. Dinyanyikan oleh Juwita Suwito. Istimewa daripada Johnson's Baby.. Love it!

Touch Song by Juwita Suwito.
Composer & Producer: Steve L


Urut kepala seperti bersyampu
Dari dahi sampai tepi bibir
Urut lembut gusi sayangku
Belakang telinga urut ke dagu
Urut dada bak membuka buku
Bentuk hati I Love U Johnson’s Baby
Urut bahu silang menyilang
Kiri Kanan, Kanan Ke Kiri

Genggam tangan lembut turun ke jari
Naik semula ke lengan si Bayi
Usap telapak dan pusing jemari
Olek lengan ke bahu satu persatu
Urutkan pinggul ke jari kaki
Naik semula ke pinggul bayi
Perah lembut peha si manja
Olek kaki kanan ke kiri
Urut tumit ke hujung jari kaki
Genggam jemari I Love U Johnson’s Baby

Angkat kaki dan sorong ke perut
Dayung tangan ke bahagian perut
Gerak jari di bahagian pinggang
Tekap perut gesel kiri kanan
Urutkan I’s belah kiri perut
L terbalik dari kiri ke kanan
U terbalik kiri ke kanan
Ucap lembut Oh sayang I Love U
Tiarap bayi urut bahagian belakang
Usap dari leher sampai ke pinggul
Guna jari urutkan belakang
Usap badan Mama kan dakap
Siap sayang urut dari Mama
Sayang selalu I Love U Johnson’s Baby


Lots of Love:
Seha

Monday, May 23, 2011

Pentingnya ada Audit ISO

Assalamualaikum wbt..

Lama dah aku tak up entri dalam blog ni. Bukan tak nak tapi apasal tah dgn akaun aku.. Bermasalah sikit.. Lagi pun masa tu aku tengah bertungkus lumus membuat laporan untuk audit yang aku sendiri tak tau bilakah tarikh audior ni nak datang.. Yang aku tau, aku tak nak buat kerja last minit.. 

Hari ini Unit aku kena Audit ISO. Jam 2.30 petang nih.. Aku suka.. Laporan aku semuanya dah dapat disiapkan tanpa aku buat last minit... Jadi, inilah masa yang ditunggu-tunggu. Sebab apa? Pendapat aku, aku sokong walau di mana kita berada atau bekerja, kita kena ada rules. Jika di rumah kita buat 5S, di tempat kerja pun kita mesti juga 5S. Nak mantapkan lagi 5S kat tempat kerja, kita kena follow the rules. Rules yang macamana? Kalau kita tengok dari instruction standard operation bagi sesuatu kerja, apa yang dikehendaki dalam sesuatu tugasan itu, lebih baik kita follow.. sebab kaedah, bahan dikehendaki, tatacara bekerja tentang tugasan itu akan memudahkan pergerakan kita melakukan kerja tersebut. Apatah lagi, pekerjaan yang dilakukan itu akan menjadi lebih tersusun dan terancang. Kesannya, kita dapat menjimatkan masa, tenaga, dan hidup kita lebih teratur.

Semalam, Ketua Unit ajak aku join as the auditees during our presentation. Aku..., 70:30 sebenarnya. 70% mengatakan "tak payah la ikut.." 30% lagi hati aku cakap "follow jer lahh... lagipun laporan tu aku yang tolong siapkan".. Bukan apa.. Sebab selama ini apa yang aku buat bagaikan di nafi hasilnya.. Sedih kan.. Selalu je jadi "lembu punya susu, sapi dapat nama". Tu la sape suruh aku malas nak bersuara..?


Ok.. dah..
wo shi seha (*,*)