There was an error in this gadget

Monday, May 23, 2011

Pentingnya ada Audit ISO

Assalamualaikum wbt..

Lama dah aku tak up entri dalam blog ni. Bukan tak nak tapi apasal tah dgn akaun aku.. Bermasalah sikit.. Lagi pun masa tu aku tengah bertungkus lumus membuat laporan untuk audit yang aku sendiri tak tau bilakah tarikh audior ni nak datang.. Yang aku tau, aku tak nak buat kerja last minit.. 

Hari ini Unit aku kena Audit ISO. Jam 2.30 petang nih.. Aku suka.. Laporan aku semuanya dah dapat disiapkan tanpa aku buat last minit... Jadi, inilah masa yang ditunggu-tunggu. Sebab apa? Pendapat aku, aku sokong walau di mana kita berada atau bekerja, kita kena ada rules. Jika di rumah kita buat 5S, di tempat kerja pun kita mesti juga 5S. Nak mantapkan lagi 5S kat tempat kerja, kita kena follow the rules. Rules yang macamana? Kalau kita tengok dari instruction standard operation bagi sesuatu kerja, apa yang dikehendaki dalam sesuatu tugasan itu, lebih baik kita follow.. sebab kaedah, bahan dikehendaki, tatacara bekerja tentang tugasan itu akan memudahkan pergerakan kita melakukan kerja tersebut. Apatah lagi, pekerjaan yang dilakukan itu akan menjadi lebih tersusun dan terancang. Kesannya, kita dapat menjimatkan masa, tenaga, dan hidup kita lebih teratur.

Semalam, Ketua Unit ajak aku join as the auditees during our presentation. Aku..., 70:30 sebenarnya. 70% mengatakan "tak payah la ikut.." 30% lagi hati aku cakap "follow jer lahh... lagipun laporan tu aku yang tolong siapkan".. Bukan apa.. Sebab selama ini apa yang aku buat bagaikan di nafi hasilnya.. Sedih kan.. Selalu je jadi "lembu punya susu, sapi dapat nama". Tu la sape suruh aku malas nak bersuara..?


Ok.. dah..
wo shi seha (*,*)

No comments: