Tuesday, May 31, 2011

Saya yang membebel...

Awak, awak tau tak pagi tadi saya geram dengan awak? Awak cakap kat saya Maysara nak demam tapi awak tak nak tolong amikkan ubat dia dalam peti sejuk tu. Awak tinggalkan saya dengan May semasa saya pergi amik ubat tu. Terkial-kial saya dukung May. Mana nak bawa beg dia lagi, mana nak tutup pintu lagi.. nak pakai kasut kagi.. Awak tau tak susu May jatuh kat depan pintu..  nasib baik tak terbuka dan bersepah susunya. Masa tu pun May dah merengek2.. Awak tau kan saya dah terlambat tadi… Saya kan dah pernah cerita kat awak kalau saya terlambat, nanti saya akan bawa kereta macam drift. Peraturan jalan raya akan saya ubah dari Malaysia ke Australia.. Sebab kat Aussie, traffic light merah simpang empat boleh belok jika tiada kenderaan mendatang atau jika kita rasa selamat nak redah..
Awak, tolong lah saya.. susah ke hulurkan pertolongan.. Sekali sekala tolonglah kemaskan beg sekolah dan baju untuk Ibra dan May.. tolong lah.. Sekarang mungkin Ibra dan May dah biasa tengok saya tak menang tangan..Kalau satu hari nanti saya dah tiada, awak nak buat macamana? Boleh ke awak buat macam mana saya buat untuk mereka?

Awak, kerjasama tu penting tau..
Wo shi seha (T_T)

No comments: