Wednesday, July 06, 2011

Saya tak tahu kenapa saya..

Saya tak tahu kenapa saya jadi terharu dan sayu lepas saya bersalaman dengan awak untuk ke tempat kerja pagi tadi.. Mungkin sebab awak menoleh ke arah saya apabila saya panggil nama awak untuk bersalaman..

Saya tak tahu kenapa saya jadi terharu dan sayu lepas saya bersalaman dengan awak untuk ke tempat kerja pagi tadi.. Mungkin sebab awak tiba-tiba cakap  kat saya "Lain kali kalau nak salam kat dalam rumah.." Sebelum ini awak tak pernah pun tegur bila saya salam awak semasa saya nak naik kereta..

Saya tak tahu kenapa saya jadi terharu dan sayu lepas saya bersalaman dengan awak untuk ke tempat kerja pagi tadi.. Mungkin sebab awak tiba-tiba ucap "Bye.. Jumpa lagi nanti.. Selamat pergi dan selamat balik ye". Awak tak pernah pun ucap apa-apa sebelum ini setiap kali saya cium tangan awak.

Saya tak tahu kenapa saya jadi terharu dan sayu lepas saya bersalaman dengan awak untuk ke tempat kerja pagi tadi.. Mungkin sebab awak betul-betul melihat tepat pada saya.. Macam sayu jer saya tengok wajah awak..

Saya tak tahu kenapa saya jadi terharu dan sayu lepas saya bersalaman dengan awak untuk ke tempat kerja pagi tadi.. Mungkin sebab awak sempat melemparkan senyuman yang sungguh ikhlas pada saya sehingga saya terasa menusuk ke kalbu :').

Saya suka keadaan ini.. Biarlah ia berterusan setiap pagi yer..

Seha :)

2 comments:

dee love eiffel said...

(: hapy for u too

Anonymous said...

i also like dis situation. Perhaps that my hubby will do the same to me.