There was an error in this gadget

Wednesday, May 16, 2012

Ibra, Amay dan Hari Guru

Tema Hari Guru 2012 ialah guru inovatif melonjakkan transformasi pendidikan negara. Tahun ini aku meraikan hari guru. Aku bukanlah guru tapi anakku mempunyai 9 orang guru yang menjaga dan melayan karenah dia sewaktu aku bekerja. Pening juga aku memikirkan hadiah yang sesuai untuk diberi. Antara hadiah hari guru yang popular ialah bunga hidup, minyak wangi, mug, sapu tangan, coklat, kain ela, tudung, jam tangan dan sebagainya. Aku belikan hadiah mug untuk guru-guru tersebut. Hadiah yang simple tapi sangat teruja aku melihatnya apabila aku meletakkan sekeping nota, reben merah dan pin bunga yang comel sebagai hiasan.

Aku meminta Ibra dan Amay memberikan hadiah itu sewaktu pulang dari sekolah. Aku lihat guru-guru itu senyum meleret dan bagaikan terharu apabila hadiah dihulur satu persatu. Ucapan aku kepada teacher Kak Tim, teacher Kema, teacher Rina, teacher Azie, teacher Linda, teacher Fazi (semoga cepat sembuh dan sihat walafiat dari luka kemalangan jalanraya) teacher Lili, teacher Farhana (baru join ngam-ngam time Hari Guru), ex-teacher Ika, ex-teacher Hidayah dan lain-lain yang tak disebut nama sebab korang yang tak bagitau apa nama korang... terima kasih sebab korang menjaga Ibra dan Amay dengan baik. Hingga Ibra juga memanggil aku Teacher Ibu. Selamat Hari Guru. Lots of Love <3 <3

No comments: