Wednesday, August 03, 2011

Awak.. hati hati..

Awak, saya nak bagitahu ni.. petang semalam semasa saya sampai di kawasan rumah kita, ada sebuah perodua viva warna hijau agak mencurigakan sedang meninjau-ninjau kawasan perumahan kita. Seperti biasa saya parking di bawah pokok hadapan rumah kita untuk keluar membuka pintu pagar. Tiba-tiba mak telefon bagitahu bahawa dia sedang dalam perjalanan ke rumah kita sebab nak bagi buah durian, katanya Haji Akob yang beri kelmarin. Dalam masa yang sama,  saya terkial-kial hendak membuka pintu pagar dengan handphone terkepit di telinga. Kereta viva hijau itu meluru ke arah rumah kita. Kebetulan saya juga baru parking dalam porch. Kereta itu siap dah brek dan hendak berhenti. Saya agak pelik sebab kenapa ada tetamu pada waktu itu. Saya dapat melihat muka pemandu dengan jelas. Dalam kereta tersebut ada empat orang lelaki muda melayu. Pemandu tersebut melihat ke rumah kita. Mungkin kerana awak dah ada dalam rumah dan langsir pintu sliding terbuka, pemandu tersebut terus bergerak semula. Mereka keluar simpang dan ke arah kiri. Pergerakan kereta itu juga bukanlah laju kerana kelihatan seperti meninjau-ninjau rumah yang lain pula. Awak, saya sempat mengingati nombor plat kereta tersebut. JLN3809. Kalau ada apa-apa terjadi akan datang, saya harap awak tahu apa nak buat.. Ok. Dah. Sekian untuk awak amik tahu..

p/s: Kalau pemilik kenderaan tersebut ada membaca kisah di atas, terus terang saya katakan "I don't know you and I know you don't know me too. I feel you are so stranger and not resident in my area. So that, I must be caution!."

No comments: