Assalamualaikum wbt.
7.41am
Mood pagi ini: TAKUT dan TERANCAM
Seperti biasa aku keluar rumah awal pagi. Jam 7.03pagi aku bertolak ke tempat kerja. Suasana pagi suram dan sejuk agak mendamaikan. Laluan pertama aku ialah di Taman Setia Indah. Kemudian aku akan melalui Taman Daya. Di jalan utama iaitu Persiaran Taman Daya akan ada simpang-simpang sama ada masuk ke kiri atau kanan iaitu kemudahan untuk penduduknya ke rumah masing-masing. Di jalan utama yang lurus itu mempunyai 2 lorong bagi setiap haluan tidal flow. Bila dikatakan jalan utama semua orang tahu bahawa jalan itu akan sibuk dengan banyak pergerakan yang hectic khususnya kenderaan yang masing-masing berebut ke tempat kerja. Aku salah seorang yang berada ditengah-tengah kesibukan itu. Laluan aku di jalan utama itu cuma lurus sahaja sehingga ke penghujung jalan yang akan jumpa traffic light simpang tiga. Senang kata, selagi tak jumpa penghujung di simpang tiga itu, apa sahaja simpang atau traffic light di sepanjang laluan lurus tersebut, aku tak perlu mengubah haluan. Ya, tidak perlu ubah haluan.
Macam aku katakan awal tadi, kerana suasana pagi yang mendamaikan itu, maka aku gemar berada di lorong kiri. Kelajuan kenderaan aku masa itu ialah 50kmj. Laluan lurus di situ agak menurun bukit sedikit, jadi tak perlulah aku tekan minyak lagi sebab kenderaan sudah menggelongsor laju. Pendekkan cerita, sebelum aku jumpa traffic light kedua, aku akan berselisih dengan satu simpang dari arah kiri. Aku paling tak suka simpang ini kerana banyak kenderaan yang keluar dari simpang itu bagaikan tidak tahu peraturan jalan raya. Mereka seperti tidak melihat kiri kanan kenderaan yang datang sebelum mereka keluar dari simpang.
Dipendekkan cerita, datang sebuah kenderaan Toyota Rush berwarna hitam keluar dari simpang kiri itu. Kereta baru tu... Hmm.. Masa tu, aku sudah sangat hampir dengan simpang tersebut. Agak terkejut, jadi aku tak sempat nak tekan brek untuk bagi laluan kepada Toyota Rush tersebut yang tak tahu peraturan jalan raya itu lalu dahulu. Toyota Rush itu pula tidak langsung memberi sebarang signal untuk keluar simpang. Mesti korang dah boleh agak apa aku lakukan. Apa lagi aku honk sedikit supaya Toyota Rush itu alert kehadiran aku yang tak brek dan tak dapat nak bagi dia lalu. Aku melepasi Toyota Rush itu bagai tanduk dihujung nyawa. Sipi-sipi hampir bergesel dengan kenderaan dia. bagaimanapun, selamat sebab tak berlaku kemalangan. Tapi tak sangka tiba-tiba Toyota Rush itu high beam lebih kurang 6saat. Apasal tah aku boleh nak kira masa high beam itu berlaku. Tiba-tiba aku rasa tak sedap hati. Di traffic light, aku menukar lorong paling kanan sebab aku tahu lorong kanan itu tidak akan terganggu dengan kenderaan keluar masuk station minyak, hentian bas dan kenderaan ubah haluan belok ke kiri. Selalunya lalaun kanan akan terhenti sekejap kerana di depannya ada satu lagi traffic light. Laluan kiri pula akan sentiasa bergerak kerana yang aku sebutkan tadi.
Betul perasan hati aku. Toyota Rush itu berhenti di sebelah kereta aku dan membuka tingkapnya sedangkan dihadapannya tidak ada kenderaan yang menghalang perjalanan dia. Aku menoleh ke kiri. Aku senyum sedikit. Seorang lelaki melayu berkopiah putih. Aku tak perasan pula baju kemeja atau jubah. Mungkin juga berbaju jubah sebab baju yang dia pakai berwarna putih krim. Dia pakai celak hitam keliling mata. Kening hitam. Mukanya nampak garang dan jenis macam orang tengah bertaubat nasuha kepada Allah. Aku jadi takut dan terancam apabila dia buat jari fuck kepada aku. Siap amik gambar pakai handphone dia. Masa dia nak amik gambar tu, aku cepat-cepat pandang ke depan sahaja. Takut sangat kerana bimbang dia akan cari aku suatu hari nanti untuk mengapa-apakan aku. Ye lah, diakan dah amik gambar aku. Tak mustahil masa dia high beam kereta tu, dia juga mencatat nombor kenderaan aku. Sedih aku sebab dia tak dapat menunjukkan sifatnya berdasarkan pakaian dan kopiah di kepala. Baru aku faham, kenapa orang selalu berkata "don't judge the book by its cover".
Dari ekor mata, aku nampak Toyota Rush itu beredar. Sangkaan buruk aku timbul pada lelaki itu ialah dia tak puas hati dengan aku sebab honk kereta dia. Tambahan pula dia nak amik gambar aku, aku pula cepat-cepat pandang depan sahaja..Aku sempat tengok nombor plat dia ----745. Hehee... aku pun kena bertindak protect diri untuk masa akan datang. Kalau terserempak lagi dengan kereta itu, bolehlah aku elakkan dari bertembung. Nauzubillah himinzalik, minta dijauhkan. Subhanallah..
i need a protection,
wo shi seha (-,-)
2 comments:
uda..ati ati !
uit bahaya tu.. lain kali nk p kerja tu jgn cam nk bersiar2.. terus maju kedepan smpai ke jabatan ;p
Post a Comment