Tuesday, June 05, 2012

Mitos Kecantikan: Apa Yang Tidak Boleh Dipakai Ke Tempat Kerja

Negara Malaysia yang terletak pada garisan khatulistiwa menyebabkan negara kita mengalami suhu panas dan lembap. Syukurnya aku... sebab bukan berada seperti di negara empat musim yang mana jika berlakunya salji tebal, segala pergerakan dan kelancaran tugasan harian akan terganggu. Suhu panas dan lembap ini jugalah membolehkan kita memiliki pelbagai pakaian dari jenis kain yang nipis-nipis seperti kain sutera, kain kapas, crepe, linen dan sebagainya. Dengan jenis kain-kain ini juga kita boleh mempelbagai rekaan fesyen yang hebat untuk kegunaan harian tidak kira ke tempat kerja, ke majlis-majlis rasmi atau tidak rasmi, ketika membeli-belah atau jika kita hanya mahu duduk di rumah sahaja. Di sini ingin aku kongsikan kepada korang apakah pakaian yang tidak sesuai kepada mereka untuk ke pejabat. Terdapat tujuh larangan-larangan yang patut kita ambil tahu.


1) Kasut Kelab Malam (Nightclub Shoes)

Selalunya kita akan beritahu pada diri kita apabila ke pejabat kita tidak akan memakai pakaian yang melampau atau kasut yang terlalu edgy seperti ke kelab malam atau ke pesta harijadi. Pastikan kasut yang kita pakai adalah tumit yang sederhana dalam bentuk klasik seperti kaki mengintip, kaki runcing atau wedge yang memudahkan kita ketika berjalan. Tidak salah jika kita ingin bermain dengan trend dan persekitaran, yang penting kita perlu tahu menggayakannya dengan lebih kreatif seperti mainkan dengan warna dan cetakan dengan syarat masih menjaga bentuk yang konservatif.


2) Pakaian Berkedut atau Kotor (Wrinkled or Stained Clothing)

Bagi wanita yang bekerja, tidak kiralah selewat mana dan jam berapa anda masuk tidur, pasti anda akan memastikan pakaian untuk di pakai keesokkan hari ke tempat kerja berada dalam keadaan yang sudah di gosok dan tidak mempunyai kekotoran yang boleh memalukan kita di tempat kerja. Nothing is worst than seeing a gorgeous, powerful woman in a shirt that looks like it was picked up off the floor or from the back of a drawer and put on her back.


3) Solekan Yang Berlebihan atau / dan Minyak Wangi (Excessive Make-Up and / or Perfume)

Pejabat bukanlah tempat untuk kita mencuba trend kecantikan terkini. Jadi elakkan solekan mata yang melampau dan gincu yang cakey. Jika anda sukakan bibir yang lebih cerah, gunakanlah warna yang telus dan terang dan bukan yang sangat berkapur (super chalky) atau berkilat yang mana penggunaan begini sesuai digunakan pada waktu malam. Celak dan pembayang mata (eyeliner dan eye shadow) pula tidak perlu terlalu banyak kerana ia akan memburukkan solekan. Kita tidak mempunyai banyak masa untuk touch-up solekan mata yang comot. Jadi berhati-hati semasa menyolek bahagian mata. Jika anda suka lagi, calitkan maskara secara sederhana supaya solekan mata kelihatan natural tetapi cantik. Jangan lupa untuk memakai deodoran di bahagian bawah lengan dan semburlah minyak wangi yang tidak kuat atau melampau baunya.


4) Sumbing Kuku (Chipped Nails)

Jika gaji bulanan anda lebih dan tidak tahu ke mana hendak dilaburkan, apa kata sekali-sekala anda manjakan diri ke salon kuku pada hujung minggu. Jika anda telah mahir menggunakan set pedicure and manicure, bolehlah berjimat dengan melakukan sendiri cuma jangan sampai ia mencederakan kuku pula. Di pasaran sekarang, terdapat banyak penggilap kuku yang boleh anda beli jika tidak mempunyai masa ke salon kuku.


5) Skirt Pendek (Short Skirts) 

Seksi adalah subjektif. Ada orang jika ke pejabat dan memakai skirt pendek sudah boleh dikatakan seksi, tetapi ada orang belum lagi seksi. Bagaimanapun, adalah tidak sesuai bagi masyarakat melayu yang mengamalkan budaya timur memakai skirt pendek. Jika anda mahu juga memakai skirt pendek ke pejabat, lakukan ujian kependekkan skirt tersebut. Cara mengukur ialah sekurang-kurangnya panjang jari anda apabila tangan anda di regang ke sisi. Jari-jari pula berkeadaan lurus. Apapun, semuanya bergantung dengan persekitaran kerja dan perlu untuk kita menyesuaikan dengan sewajarnya.


6) Sut Yang Sesuai (Ill-Fitting Suits)

Tidak kiralah berapa banyak kos yang anda keluarkan untuk pakaian tersebut, if it doesn't fit you properly, it won't look good. Ramai wanita yang tidak mengendahkan hakikat bahawa sut pakaian mereka perlu disesuaikan dengan betul. Senang kata lakukanlah fitting. Jika anda memakai baju kemeja lengan panjang, biarlah panjang lengan itu jatuh di tempat yang betul. Belilah sut yang betul-betul sesuai atau sut yang berasingan supaya sut itu menepati saiz bahagian terbesar anda. Jangan lupa untuk membawa kasut kerja anda jika anda ke tukang jahit atau ketika anda membeli-belah kerana waktu itu kasut tersebut boleh dipadankan dengan seluar yang ideal atau skirt panjang.


7) Tank-top dan Baju Singkat (Tanks and Halters)

Bergantung kepada bagaimana korporat atau konservatif pejabat yang anda bekerja. Jika anda gemar memakai jenis tank top dan halters, pakaian sebegini adalah di larang. Penggunannya sangat terhad. Anda juga boleh melabur dalam membeli blazers dari fabrik seperti linen atau campuran kapas atau kardigan ringan lebih terdedah lengan anda.

No comments: