Apa itu Pot Luck?
Menurut kefahaman aku, Pot Luck ialah sebuah bekas makanan yang berisi makanan tidak kira sama ada makanan berat atau ringan seperti kuih-muih, buah-buahan, keropok dan sebagainya dibawa ke tempat kerja dan dinikmati bersama rakan-rakan kerja yang lain. Dalam masa yang sama rakan-rakan kerja juga mestilah membawa makanan mereka sendiri.
Inilah makanan yang kami bawa.. bulatan warna merah tu aku bawa.. Hehehh..
Hahh... itulah yang kami buat semalam.. 12 hari lagi akan tiba kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak yang sangat mulia.. Bulan yang dinanti-nantikan oleh aku..!! Dua tahun aku dapat puasa penuh tanpa kedatangan "peot". Hehheee.. tett..
Ok, berbalik pada cerita semalam. Idea Pot Luck ini di utarakan oleh Puan Jamilah Jabar a.k.a Jem. Setelah memikirkan hari yang sesuai untuk membuat Pot Luck, hari Rabu lah hari bertuah tersebut. Ya, hari yang bertuah ialah Rabu. Sebab hari Khamis dan Jumaat si Sakila ni tak ada. Ada apa pun aku kurang pasti. Minggu depan pula, kami 7 orang ni tak der pulak kat office. Ada tugasan luar.. Kat Mersing plak tu.. Sunyi lah nanti area work station kami.
Kami kumpulkan kesemua makanan yang dibawa ke sebuah bilik yang kami jadikan sebagai "pantry". Kedudukan bilik ini agak privacy sebab pintu masuk menghadap meja Shafazila. Wahh.. Ila la yang boleh jadi mata-mata siapa yang curi-curi tulang. Aku syukur, sebab semua rakan di sini jujur pada diri sendiri. Mereka tahu dan faham tentang masa yang betul apabila berada dalam waktu kerja. Syukurrr.. No issue okey..?
Inilah bilik kecil yang kami jadikan pantry.. Privacy!
Secara kebetulan, Pot Luck yang kami bawa ini juga meraikan "perpisahan" dan kesyukuran buat seorang rakan yang mendapat jawatan pembantu makmal. Tarikh lapor diri beliau ialah pada 25 Julai 2011 nanti. Tahniah buat Mohamad Farid bin Jumaat.
Ketibaan Suhada dan Farid yang diraikan..
Alia, Hazwan, Raja Zarina dan Sakila yang sedang menanti rakan-rakan yang lain.
Inilah kami.. Duduk dari kiri: Shafazilla, Suhada, Parimala, Jamilah, Aku, Farid. Berdiri dari kiri: Raja Zarina, Sakila, Eddy, Hazwan.
Sepatutnya ada 12 orang.. Alia yang tukang snap pic nih. Shafiq tiada sebab ada tugasan rasmi.. So, dia di luar daerah.
Sepatutnya ada 12 orang.. Alia yang tukang snap pic nih. Shafiq tiada sebab ada tugasan rasmi.. So, dia di luar daerah.
Anak YM Raja Zakaria.. Suka betul aku tengok dia ambil makanan yang aku masak.. "Nasi goreng suka hati aku la.."
Jamilah a.k.a Jem.. Muka da sikit2 macam Nora Elena dah..
Suhada dan Parimala.. "Parimala, you mesti makan banyak2 tau.. sebab you makan untuk dua orang.. ;p"
Sakila with her Chicken Curry..
Alia.. malu-malu jer dia.. Belakang tu Hazwan. Maaf yer Hazwan, kamu ni suka menyorok.. Tak dapat nak snap pic hang..
Siti Shafazilla Abdul Jalil.. Orangnya suka ketawa..
Inilah dia Muhamamd Farid Bin Jumaat. Kiranya majlis ni merangkap untuk dia lah..
Jem dan Sakila.. aku tak tau lah apa yang hang cuba nak buat..
Apa agaknya mereka nak buat ni
Inilah dia wajah Sakila, Suhada dan Eddy setelah menukarkan mata mereka dengan buah mata kucing.. hahahh
Kalau korang nak tau, rezeki yang melimpah ruah ini tak putus2 sehingga waktu balik.. Desert kami ais krim.. 3 bekas 1.5liter.. Sehingga hari aku menulis ini, ais krim tersebut tak juga habis lagi.. Tapi semua orang dah buat tak tahu sebab dah sakit tekak dan batuk2..
Hey ya...
Seza ;)
No comments:
Post a Comment