Tuesday, May 31, 2011

Saya tak nak tempat pertama..

8.30 pagi hari itu aku menghadiri meeting kecil Unit berkaitan  perlaksanaan pembangunan organisasi  pada 25 Julai nanti bersama pihak kementerian. Sedang kami berbincang, setengah jam kemudian, macam biasa ada pulak announcement department. “Kepada yang berminat menyertai pertandingan mendeklamasikan sajak sempena sambutan hari guru tahun 2011, bolehlah menghadirkan diri bla.. bla..bla..”
Kami yang sedang bermeeting ni diam seketika. “Hmm… ganggu betul la announcement ni..”  Ketua Unit aku yang cakap.. Aku pun angguk je tanda setuju.. ececehh.. sebenarnya aku tak pun rasa terganggu.. aku suka nak dengar berita terkini department.. Selepas announcement, kami sambung meeting.  
“Tiiitt…”bunyi SMS kat tepon aku masuk. Mesej from Hajar..  Kawan aku dari Unit ICT.
~Akak, cepat p join. Akak kn suke brdklmasikn sjak. Sya tukang sorak J :B ~
Aku terkedu. Sejak bila pulak aku pernah mengaku kat dia yang aku suka bersajak segale? Aku reply kat dia,
~Takut dan maluuu..~
“Tiittt”bunyi mesej sampai lagi..
~Kte teman, tahun lepas Nadia dpt no 3. Klu akak mnang leh kte tmpang sekaki. Hehe.. kte ni suruh org, kte sndri malu~
Aku reply lagi..
~Malu.. Zmn skola sy plg rajin join debat, forum, syarahan, psembahan pentas  kt hari guru dan semua segala. Teruja setiap masa. Tp skg MALUU..!~
Mesej terhenti.
 Breettt..breett.. vibrate dari fon aku.. Aku jawab call dan terus kedengaran satu suara “Hello, akak, tengah buat apa.. Kita…”Belum sempat suara itu habis bercakap aku dah potong ayat dia “Aku tengah meeting.. kejap lagi call” Suara tadi jadi hampa sikit “Hmm.. takpelah.. nanti saya cal akak balik tau.. Atau saya hantar SMS kat akak”. Aku ok kan aje..
Meeting tertangguh  sampai jam 11.15pagi. Aku call Hajar balik, nak tanya dia selanjutnya.. tapi panggilan tak berjawab. Jadi aku hantar SMS dan dia reply;
~jap lg ek, kte kat bgnan baru~
~O. Jd singgah je la tmpt kita~
~Tak boleh. Dah nk rehat ni. Nk tngok korea J. Xpe nnti kte cal~
~Eceh.. Korea lbh utama ye.. Nti sy doakan awk menetap kt Korea~
~Haha. M’sia tapdhati. Xnk mntap dsna. Klu dpt jdoh org snanak ar. Bsar tpak tngan, stadium larkin sya tdahkn~
~Kihkih.. Buat mjlis kt stadium plak.. Nti sy doakan hyeong jun bin~
Senyap… Waktu lunch pun habis.. Aku sambung keja cam biasa sambil tunggu panggilan Hajar.. tunggu..tungguuu… Masa berlalu macam tu jer..  3.16pm aku hantar SMS…
~Makcik! Drama korea x abis lg ke?~
Breettt.. Breettt.. Vibrate fon aku.. Panggilan dari ofis Hajar.. “Akak, sorry. Drama Korea dah lama abis jam dua tadi.. Tapi kita terlupa la.. Sorry.. jgn marah tau”
“Tak la, tak marah.. ingat korea tak abis lagi.. ada apa?”
“Akak, tak nak masuk pertandingan deklamasi sajak tu ke? Kalau akak menang, boleh saya tumpang syer hadiah kemenangan tu..”
“Tak nak la Hajar.. Nanti akak boleh menang. Akak tak nak tempat pertama tu”.
“Kenapa?
“Sebab akak nak nombor dua la..”
“Lar.. apasal pulak.. Nombor satu hadiah duit besar sikit..”
“Memang la duit dapat banyak.. Tapi nanti masa monthly assembly kena bersajak kat depan orang ramai plak.. Maluuuu… “
“Kihkihkih.. ha,ah ekk..  Akak ni dah macam dalam babak satu drama korea yg saya tengok la..”
“Korea lagi.. akak tak tengok la.. Kenapa babak tu?
“Dlm babak tu, ada seorang miskin masuk pertandingan ‘siapa boleh makan paling banyak’. Orang miskin ni dia menang tempat pertama tapi dia nangis sebab nak nombor dua.. Macam akak la nak nombor dua. Dia nak nombor dua sebab dapat duit. Hadiah nombor satu dapat buku masakan yang mahal harganya.. kihkihkih… sebab tu dia tak nak..”
“Oo.. Itu dah betul Hajar.. Tapi yang ni semua dapat hadiah duit.. Cuma tmpat pertama je kena bersajak depan orang ramai.. Malu la..”
“Tu la.. hmm tak pe la.. dah bukan rezeki saya nak merasa hadiah kemenangan akak..”
“kihkihkih…”
Hajar.. kau ni memang tau!

1 comment:

MisZzCtsZz said...

Alamak.. sekali dier publish dlam blog lah pulak... dah xder rahsia lah antara kita ni.. adus duss duss... malu sya.. siap sebutir2 lg dier tulis...

tak per thun depan jgn lupe join yer