Wednesday, July 06, 2011

Saya tak tahu kenapa saya..

Saya tak tahu kenapa saya jadi terharu dan sayu lepas saya bersalaman dengan awak untuk ke tempat kerja pagi tadi.. Mungkin sebab awak menoleh ke arah saya apabila saya panggil nama awak untuk bersalaman..

Saya tak tahu kenapa saya jadi terharu dan sayu lepas saya bersalaman dengan awak untuk ke tempat kerja pagi tadi.. Mungkin sebab awak tiba-tiba cakap  kat saya "Lain kali kalau nak salam kat dalam rumah.." Sebelum ini awak tak pernah pun tegur bila saya salam awak semasa saya nak naik kereta..

Saya tak tahu kenapa saya jadi terharu dan sayu lepas saya bersalaman dengan awak untuk ke tempat kerja pagi tadi.. Mungkin sebab awak tiba-tiba ucap "Bye.. Jumpa lagi nanti.. Selamat pergi dan selamat balik ye". Awak tak pernah pun ucap apa-apa sebelum ini setiap kali saya cium tangan awak.

Saya tak tahu kenapa saya jadi terharu dan sayu lepas saya bersalaman dengan awak untuk ke tempat kerja pagi tadi.. Mungkin sebab awak betul-betul melihat tepat pada saya.. Macam sayu jer saya tengok wajah awak..

Saya tak tahu kenapa saya jadi terharu dan sayu lepas saya bersalaman dengan awak untuk ke tempat kerja pagi tadi.. Mungkin sebab awak sempat melemparkan senyuman yang sungguh ikhlas pada saya sehingga saya terasa menusuk ke kalbu :').

Saya suka keadaan ini.. Biarlah ia berterusan setiap pagi yer..

Seha :)

I not that once

If once I one that undaunted and adventures. I indifferent what people were saying. Do not said smile, but I euphoria with what I cross. I letting people deceive me. I letting people talk about me. I my sense very strong to wade all. My reason know I can doing all matter with enthusiasm that high. I do not know meaning fail. I do not know meaning of tiredness and asthma.

If I cannot stand and feel depressed, new I narrate with "Diary". My diary always calm me. My diary will give me spirit. My diary shot me strength. Diary will make me laugh and smile. My diary teach how come of age that strong.

But now all will not be any more. My diary leave me. I missing diary. But I cannot looks round more. Live must continue.. There are things that we don't want to happen but have to accept. Things that we don't want to know but have to learn and people can't live without but have to let go.

OMG.. I missed the moment..,
Seha

Monday, July 04, 2011

I am not ready

OMG… I am still counting the day.. I am yet ready packing my stuffs. I will  leaving Malaysia. What if I do not go?

Tuesday, June 28, 2011

Awak dan May yang demam

Semalam awak mesej saya bagitahu yang awak rasa nak demam. Awal juga awak sampai rumah semalam. Saya siapkan dinner awal. Awak mandi dan solat maghrib, awak terus baring atas katil. Awak terlelap. Saya biarkan sebab dah maklum yang awak demam. Jam 8 malam, saya ajak Ibra dan May tengok berita kat TV3. Ibra okey jer. Tapi May cuma dapat bertahan 30 minit depan TV dan kemudian May ajak temankan awak yang tidur kat bilik. Sudahnya, saya ajak Ibra sekali. TV ditutup. Lampu dan kipas pun dimatikan suis. Ruang tamu menjadi gelap. Ibra yang tak puas tengok TV, ajak saya berbual dalam bahasanya. Nyanyi pun dalam bahasa dia. May pun bual dalam bahasa dia. Saya yang ternganga tak paham apa kebenda la korang dorang ni cakap..

Sedang saya melayan Ibra dan May, saya dengar suara awak menahan sakit. Awak demam teruk nih.. Saya nak tolong picit-picitkan awak, tapi May dan Ibra bagai tak mahu saya tinggalkan mereka. Lama saya dengar suara awak menahan sakit. Saya rasa sangat kasihan. Saya nak sangat tolong picit-picitkan awak. Masa terus berlalu dengan suara Ibra yang seronok nak belajar cakap tu. May nangis. Mungkin kerana May nangis agak kuat, awak terjaga. Awak tengok May dari jauh. Awak cakap mungkin May sakit perut, atau May nak disalin pampers, atau May nak susu. Semua itu telah dibuat semasa May ajak ke billik tadi okey.. Jadi May nak apa?

Saya tinggalkan May sebentar. Jam menunjukkan pukul 10.30mlm. Nasi dan lauk-pauk langsung tak terusik. Aku ambil pinggan dan makan sedikit sebagai alas perut. Makan cepat2 sebab tangisan May semakin kuat. Masa itu, awak sedang dukung May untuk memujuk May yang nangis tak henti. Aku dapatkan May dan May diam. Lampu di padam. Ibra juga disuruh tidur.

1.30pagi, aku terjaga sebab terdengar tangisan May. Aku bangun dan usap kepala May. Panas. May demam! Aku ke dapur ambil koolfever dan syrup paracethamol dari klinik. Aku bagi pada May. Aku lekat-lekatkan koolfever tu kat dahi, bawah ketiak dan belakang dada. Sebab kat situ paling panas. Syukur aku ada simpan banyak stock koolfever kat rumah. May tertidur.


Dah, malas nak abiskan cerita..
Seha.

Friday, June 24, 2011

Doa dibulan Rejab

Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'ban serta sampaikanlah kami ke bulan ramadhan. Aku bermohon keampunan Allah Yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Hidup, Yang Berdiri Sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.

Ya Allah, ya Tuhan kami, tiada Tuhan yang patut disembah melainkan Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hambaMU dan aku dalam genggamanMu. Aku dalam perjanjian untuk beriman dan taat kepadaMu sekadar kemampuan yang ada padaku.

Aku berlindung kepadaMu dari segala kejahatan yang mungkin aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang Engkau berikan kepadaku danmengakui dosa-dosaku. Kerana itu akumemohon keampunanMu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau ya Allah.

Doa ini boleh diamalkan disepanjang bulan Rejab dan Sya'ban
Hadis bermaksud: Apabila tibanya bulan Rejab Rasulullah berdoa "Ya Allah, berkatilah hidup kami di buklan Rejab dan Sya'ban dan sampaikanlah hayat kami hingga bulan Ramadhan.

Diriwayatkan oleh Imam al-Thabrani daripada Anas bin Malik.

Renung2kan dan selamat beramal ;P
Seha.

Sehari di hospital

Monday blues...
Bukan aku tak mahu pergi kerja pagi itu.. Ibra yang asyik merengek dan menangis sepanjang dinihari membuatkan aku tak cukup tidur. Gagahi jua seperti biasa. 6.45 pagi aku sudah siap untuk hantar Ibra dan May ke taska dan kemudian ke tempat kerja.. "Awak, tengok ni.. keluar darahla dari telinga Ibra". Aku bergegas mendapatkan Ibra. "Lar.. kenapa nï?" Tanyaku.

"Balik kerja nanti la bawa Ibra ke klinik"
"Dah lambat sangat tu.. awak pun balik dah malam. Kita bawa Ibra ke klinik sekarang..", cadanganku seperti arahan dan keputusan.
"Ok. Hantar May ke taska dulu".


Pagi-pagi buta sukar nak cari klinik swasta yang buka awal. 8.15 pagi poliklinik Rozikin yang terletak di setia indah, 2km dari rumah dah buka tapi pekerja klinik kata doktor hanya sampai jam 10 nanti. Kemudian aku teringat Poliklinik Penawar 24jam kat Taman Istimewa. Nasib Doktor Sara A/P Zachariah ada. Selepas diperiksa gitu gini, doktor tu keluarkan surat minta supaya dirujuk ke wad kecemasan Hospital Sultan Ismail.. Wahh.. serius sangat jer bunyinya.. Berdebar.. Sampai ke wad kecemasan Ibra diturunkan supaya mendaftar dahulu di kaunter kecemasan sementara  aku pergi parking kereta. Di kaunter luar kecemasan, mereka meminta supaya ke klinik sahaja. Tetapi memandangkan surat Dr. Sara mempunyai kuasa tidak boleh menghalang atau mengarahkan untuk menolak pesakit, maka mereka membenarkan Ibra mendapatkan rawatan kecemasan. (Thank you Dr. Sara for being empathy and understanding the problem to this child).

Dr. Norlyiyana Mohyee bertanggungjawab merawat Ibra di wad kecemasan. Banyak betul persoalan dia tentang Ibra sampai aku dan dia bagai terkejar-kejar nak menjawab yang mana satu dulu? Lepas banyak soalan ditanya, doktor itu keluarkan surat supaya dirujuk ke bahagian pakar pula.

Patutla banyak sgt tanya.. rupanya baru "HO"... Doktor pelatih..
Kami ke bahagian pakar di HSI. Mereka meletakkan appointment jam 2.30ptg kerana kesuntukan masa. Masa itu hampir jam 12 tengahari. Kami mengambil keputusan pulang ke rumah untuk makan dan mandikan Ibra sebelum datang semula. Kami juga sempat mendaftar terlebih dahulu bagi memudahkan urusan pada petang itu.


Giliran menunggu.. Sikit punya lama aku menantikan turutan nombor sebegini

Petang di bahagian Pakar HSI..

Ibra dibaringkan untuk sedikit ope8.. Awak dan saya boleh masuk ;p


Ibra diikat bedung supaya tak boleh bergerak..

Dr. Tiong hendak memulakan tugas.. Ibra berdebar-debar..
 
Ibra cuba maintain supaya tidak menangis semasa dirawat

Akhirnya Ibra menangis jua
Awak menenangkan Ibra yang dah mula menangis

Pemeriksaan lanjutan


Doktor Pakar Tiong Siew Ching.. awet muda doktor nih... cantik & pakej... ;D "Sebulan dari sekarang, saya mahu jumpa lagi adik ini yer.." Itu pesan doktor kepada kami... Fasih betul doktor ini berbahasa melayu.. Jelas, tepat dan faham kehendaknya.


Selesai.. Giliran mengambil ubat..


Segala urusan selesai jam 5.00 ptg. Sama macam office hour aku plak... ;P

Saya yang melalui pengalaman ini bersama awak..,
Wo shi seha ;B

Monday, June 06, 2011

Saya tak kisah hati awak memang sampai..

Awak..

Mula-mula saya sangat kisah dengan terkesannya perasaan sampai hati awak tak bagi saya pergi kelas mandarin tu.. Dalam fikiran saya asik-asik cakap "awak yang galakkan saya pergi belajar, tapi tiba hari masuk ke kelas, awak batalkan... ". Sekarang dah rasa tak kisah lagi pasal kelas tu.. Kenapa tah... Mungkin bukan salah awak pun tak bagi saya pergi.. Saya pun bukannya langsung tak tahu cakap mandarin. Cuma saya tak de kawan yang boleh berbahasa mandarin.. Nanti lama-lama saya tak ingatlah bahasa asing tu.. Awak kan tahu saya membesar di kelilingi oleh bangsa cina.. Depan rumah, kanan rumah, kiri rumah, belakang rumah suma nya rumah orang cina. Sampai sekarang bila beli rumah pun, saya pilih jiran-jiran kita di kelilingi oleh cina. Saya tahu pada awalnya awak tak suka sebab jiran kita cina. Awak, di sekolah pun saya duduk sebelah budak cina, tak kira dia pompuan atau laki.. tapi itu cikgu yang susunkan. Mana saya tahu.. ia secara kebetulan.. Bila masuk Uni, memang rummate saya budak melayu.. tapi saya pilih budak cina jugak untuk study group..

Awak, jangan salahkan saya jika saya kadang2 tak faham apa yang awak nak saya jadi.. saya tak dapat jadi orang lain..


I'm sorry for the fact that I did not know...
wo shi seha :')

Mini Lirik kau...

Babe..

Pasal mini lyrics yang kau bagi thru email tu... aku tak terima.. Tapi tak sangka kau berusaha menghantar semula sampai aku terima exe. Jadi... aku nak ucap kat kau... wahai Siti Hajar Ahmad...

"Thank you.. thank you.. thank you.. syok.. advance.. gilerrr.. suka banget gue.. yuhuuuuuuu awwwwww... terbaik babe... tak terucap aku.. sangat sangat sangat terima kasih... shi shi ye.. shi shi ye.. caya lahhhhh...!!!!! hahahahaahhaaaaaa...."

Cheers,
wo shi seha :D

Tuesday, May 31, 2011

Saya yang membebel...

Awak, awak tau tak pagi tadi saya geram dengan awak? Awak cakap kat saya Maysara nak demam tapi awak tak nak tolong amikkan ubat dia dalam peti sejuk tu. Awak tinggalkan saya dengan May semasa saya pergi amik ubat tu. Terkial-kial saya dukung May. Mana nak bawa beg dia lagi, mana nak tutup pintu lagi.. nak pakai kasut kagi.. Awak tau tak susu May jatuh kat depan pintu..  nasib baik tak terbuka dan bersepah susunya. Masa tu pun May dah merengek2.. Awak tau kan saya dah terlambat tadi… Saya kan dah pernah cerita kat awak kalau saya terlambat, nanti saya akan bawa kereta macam drift. Peraturan jalan raya akan saya ubah dari Malaysia ke Australia.. Sebab kat Aussie, traffic light merah simpang empat boleh belok jika tiada kenderaan mendatang atau jika kita rasa selamat nak redah..
Awak, tolong lah saya.. susah ke hulurkan pertolongan.. Sekali sekala tolonglah kemaskan beg sekolah dan baju untuk Ibra dan May.. tolong lah.. Sekarang mungkin Ibra dan May dah biasa tengok saya tak menang tangan..Kalau satu hari nanti saya dah tiada, awak nak buat macamana? Boleh ke awak buat macam mana saya buat untuk mereka?

Awak, kerjasama tu penting tau..
Wo shi seha (T_T)

Sampai ke hati awak..

Awak, sampai hati malam tadi awak tanya saya macam mana nak batalkan kelas sabtu ni. Awak tak nak balik rumah mak saya seberapa lama, saya sabar lagi. Tapi jangan batalkan kelas saya semata-mata awak nak balik rumah mak awak untuk hantar motor adik awak yang dah lama terperap kat rumah kita tu.. Saya tak kisah motor tu ada kat situ. Tapi kenapa tiba-tiba awak nak hantar balik sedangkan awak tahu kelas pertama saya bermula sabtu ni? Dua minggu lepas masa balik rumah mak awak kenapa tak nak bawa balik motor tu? Awak, jangan buat saya macam ni..
Wo shi seha :’(