Monday blues...
Bukan aku tak mahu pergi kerja pagi itu.. Ibra yang asyik merengek dan menangis sepanjang dinihari membuatkan aku tak cukup tidur. Gagahi jua seperti biasa. 6.45 pagi aku sudah siap untuk hantar Ibra dan May ke taska dan kemudian ke tempat kerja.. "Awak, tengok ni.. keluar darahla dari telinga Ibra". Aku bergegas mendapatkan Ibra. "Lar.. kenapa nï?" Tanyaku.
"Balik kerja nanti la bawa Ibra ke klinik"
"Dah lambat sangat tu.. awak pun balik dah malam. Kita bawa Ibra ke klinik sekarang..", cadanganku seperti arahan dan keputusan."Ok. Hantar May ke taska dulu".
Pagi-pagi buta sukar nak cari klinik swasta yang buka awal. 8.15 pagi poliklinik Rozikin yang terletak di setia indah, 2km dari rumah dah buka tapi pekerja klinik kata doktor hanya sampai jam 10 nanti. Kemudian aku teringat Poliklinik Penawar 24jam kat Taman Istimewa. Nasib Doktor Sara A/P Zachariah ada. Selepas diperiksa gitu gini, doktor tu keluarkan surat minta supaya dirujuk ke wad kecemasan Hospital Sultan Ismail.. Wahh.. serius sangat jer bunyinya.. Berdebar.. Sampai ke wad kecemasan Ibra diturunkan supaya mendaftar dahulu di kaunter kecemasan sementara aku pergi parking kereta. Di kaunter luar kecemasan, mereka meminta supaya ke klinik sahaja. Tetapi memandangkan surat Dr. Sara mempunyai kuasa tidak boleh menghalang atau mengarahkan untuk menolak pesakit, maka mereka membenarkan Ibra mendapatkan rawatan kecemasan. (Thank you Dr. Sara for being empathy and understanding the problem to this child).
Dr. Norlyiyana Mohyee bertanggungjawab merawat Ibra di wad kecemasan. Banyak betul persoalan dia tentang Ibra sampai aku dan dia bagai terkejar-kejar nak menjawab yang mana satu dulu? Lepas banyak soalan ditanya, doktor itu keluarkan surat supaya dirujuk ke bahagian pakar pula.
Patutla banyak sgt tanya.. rupanya baru "HO"... Doktor pelatih.. |
Kami ke bahagian pakar di HSI. Mereka meletakkan appointment jam 2.30ptg kerana kesuntukan masa. Masa itu hampir jam 12 tengahari. Kami mengambil keputusan pulang ke rumah untuk makan dan mandikan Ibra sebelum datang semula. Kami juga sempat mendaftar terlebih dahulu bagi memudahkan urusan pada petang itu.
Giliran menunggu.. Sikit punya lama aku menantikan turutan nombor sebegini |
Petang di bahagian Pakar HSI.. |
Ibra dibaringkan untuk sedikit ope8.. Awak dan saya boleh masuk ;p |
Ibra diikat bedung supaya tak boleh bergerak.. |
Dr. Tiong hendak memulakan tugas.. Ibra berdebar-debar.. |
Akhirnya Ibra menangis jua |
Awak menenangkan Ibra yang dah mula menangis |
Pemeriksaan lanjutan |
Selesai.. Giliran mengambil ubat.. |
Segala urusan selesai jam 5.00 ptg. Sama macam office hour aku plak... ;P
Saya yang melalui pengalaman ini bersama awak..,
Wo shi seha ;B
No comments:
Post a Comment