Semalam awak mesej saya bagitahu yang awak rasa nak demam. Awal juga awak sampai rumah semalam. Saya siapkan dinner awal. Awak mandi dan solat maghrib, awak terus baring atas katil. Awak terlelap. Saya biarkan sebab dah maklum yang awak demam. Jam 8 malam, saya ajak Ibra dan May tengok berita kat TV3. Ibra okey jer. Tapi May cuma dapat bertahan 30 minit depan TV dan kemudian May ajak temankan awak yang tidur kat bilik. Sudahnya, saya ajak Ibra sekali. TV ditutup. Lampu dan kipas pun dimatikan suis. Ruang tamu menjadi gelap. Ibra yang tak puas tengok TV, ajak saya berbual dalam bahasanya. Nyanyi pun dalam bahasa dia. May pun bual dalam bahasa dia. Saya yang ternganga tak paham apa kebenda la korang dorang ni cakap..
Sedang saya melayan Ibra dan May, saya dengar suara awak menahan sakit. Awak demam teruk nih.. Saya nak tolong picit-picitkan awak, tapi May dan Ibra bagai tak mahu saya tinggalkan mereka. Lama saya dengar suara awak menahan sakit. Saya rasa sangat kasihan. Saya nak sangat tolong picit-picitkan awak. Masa terus berlalu dengan suara Ibra yang seronok nak belajar cakap tu. May nangis. Mungkin kerana May nangis agak kuat, awak terjaga. Awak tengok May dari jauh. Awak cakap mungkin May sakit perut, atau May nak disalin pampers, atau May nak susu. Semua itu telah dibuat semasa May ajak ke billik tadi okey.. Jadi May nak apa?
Saya tinggalkan May sebentar. Jam menunjukkan pukul 10.30mlm. Nasi dan lauk-pauk langsung tak terusik. Aku ambil pinggan dan makan sedikit sebagai alas perut. Makan cepat2 sebab tangisan May semakin kuat. Masa itu, awak sedang dukung May untuk memujuk May yang nangis tak henti. Aku dapatkan May dan May diam. Lampu di padam. Ibra juga disuruh tidur.
1.30pagi, aku terjaga sebab terdengar tangisan May. Aku bangun dan usap kepala May. Panas. May demam! Aku ke dapur ambil koolfever dan syrup paracethamol dari klinik. Aku bagi pada May. Aku lekat-lekatkan koolfever tu kat dahi, bawah ketiak dan belakang dada. Sebab kat situ paling panas. Syukur aku ada simpan banyak stock koolfever kat rumah. May tertidur.
Dah, malas nak abiskan cerita..
Seha.
No comments:
Post a Comment