Thursday, November 08, 2012

Nota buat Hajar

Di atas kesibukan aku dengan tugasan rasmi di pejabat, aku sebenarnya hampir melupai wujudnya seorang kawan yang kami agak rapat sejak berkenalan pada tahun 2010. Dia bertugas di Unit ICT. Siapa lagi kalau bukan Siti Hajar. Ok.. Ok.. biar aku imbas semula apa yang terjadi beberapa bulan lalu.

 
Ramadhan Dan Syawal 1433 (21 Julai - 16 September 2012)
 
Bermula pada bulan Ramadhan. Setiap tahun bulan ini menjadi bulan yang agak sibuk sebab kami perlu menghiasi pejabat. Tahun ini bertemakan hari raya dan hari kemerdekaan yang ke 55 tahun. Dipendekkan cerita, habisnya bulan ramadhan, kami masing-masing mengambil cuti perayaan. Lebih kurang seminggu jugaklah. Hari raya aidilfitri pada masa ni jatuh pada 24 Ogos. Bila naik pejabat semula, aku terus sibuk lagi menguruskan hal berkaitan program Unit di luar negeri. Mengadakan perbincangan, memerah otak mencari idea-idea berkaitan dan melakukan lawatan tapak memang agak memenatkan fizikal dan mental memandangkan tarikh program yang semakin hampir. Aku ditugaskan menjadi urus setia dalam merancang aktiviti semasa program tersebut. Dengan tugasan harian dan ad hoc lain yang urgent, aku langsung tak sempat menyinggah ke unit ICT  just to say hello to Hajar especially when I going thru beside her office.
 
Suatu hari Hajar telefon aku. Katanya dia rasa sunyi dan tak de tempat nak bercerita masalah. Dia kata, aku sangat sibuk sampai langsung tak tanya khabar dia. Dia pula ada sesuatu perkara yang hendak dikongsikan pada aku. Katanya perkara itu sangat berat dan dia rasa demotivate. Aku ambil kesempatan bertanya perkara itu semasa menghantar dia ke terminal larkin kerana dia mahu pulang ke kampung pada hujung minggu. Dalam perjalanan ke terminal larkin, dia ceritakan apa yang terjadi. Aku betul-betul terkejut dan rasa sangat simpati terhadapnya. Betullah kata Hajar, kesibukan aku hingga aku tak tahu apa yang telah berlaku terhadapnya. Hajar macam marah pada aku sebab aku tak ambil tahu gossip di sekitar pejabat. Malam itu aku menghubunginya melalui sms. Fikiran aku asyik memikirkan perkara yang telah berlaku padanya. Aku jadi tak sabar menunggu dia balik ke sini semula untuk tanya dia lebih banyak lagi.
 
 
1hb Zulkaedah 1433 (17 Sept - 16 Oktober 2012)
 
Aku sibuk lagi. Sebab selepas program untuk Jurulatih Utama, aku kena bertungkus-lumus pula untuk program pegawai eksekutif. Program ini kami selitkan dengan mesyuarat jawatankuasa kerja bilangan kedua bagi tahun 2012. Sekali lagi, Unit aku memilih untuk menjalankan tugasan tersebut ke luar negeri. Nasib baik program bersama pegawai-pegawai eksekutif agak santai. Jadi aku sempat merehatkan diri pada waktu petang dengan pergi berenang bersama Raja Zarina. Belum sempat bernafas dan masuk pejabat pada minggu seterusnya, aku menghadiri mesyuarat di Avillion Admiral Cove dengan Kementerian. Tapi kali ini aku hadiri mesyuarat tersebut bersama Ketua Unit aku, iaitu W Nur Fatihah.  
 
 
1hb Zulhijjah 1433 (17 Oktober -14 November 2012)
 
Aku sempat memohon cuti hari raya aidiladha. Sehari sebelum hari raya, aku dah bercuti. Aku tak sempat berjumpa dan bersalaman dengan Hajar sebelum bercuti raya. Pagi itu dalam perjalanan pulang ke kampung mertua, Hajar telefon aku. Katanya hari ini hari terakhir dia di  sini. Aku terkedu sekejap. Terus aku kata padanya, "kau betul-betul nak pergi ke Hajar? Kenapa kau tinggalkan aku?" Entah soalan apa-apa saja aku keluarkan. Hajar sempat beritahu bahawa pada 29hb nanti dia dah berada di sana. Kami berbual tak lama. Talian dimatikan. Kemudian aku hantar sms dan beritahunya yang aku sedih sebab tak sempat berjumpa dengannya. Nanti apabila aku dah naik cuti, Hajar dah tiada. 29hb aku telefon Hajar. Aku menunggu lama untuk dia jawab panggilan. Bila dia jawab, dia cuma beritahu yang dia sedang sibuk sebab hari pertama di situ. Dia akan telefon aku sebentar lagi. Aku tunggu.. tunggu.. tunggu.. dan tunggu. Hajar tak telefon.

Aku telefon Hajar lagi selepas dua hari kemudian melalui talian di pejabat. Tapi dia tak jawab. Aku tunggu.. tunggu.. dan tunggu sebab dia kata dia akan telefon aku kelmarin.
 
Aku cuba buat biasa. Teruskan kerja harian. Walaupun di pejabat ada rakan sekerja, ada tugasan harian yang tak pernah habis, walaupun mereka di sekeliling keluar masuk bilik aku sama ada untuk tugasan atau datang berbual sebentar, itu semua aku rasa mereka macam tak wujud. Sunyi... Sepi.. Kebosanan mula melanda.. Tiba-tiba aku rasa kehilangan.
 
Aku ditugaskan lagi ke luar negeri untuk menghadiri satu persidangan di The Royale Bintang. Aku akan ke sana bersama Ketua Unit aku. Perkara itu membuatkan aku kurang fokus. Hmm.. Bagaimana untuk aku minta izin lagi keluar tugasan rasmi daripada sang suami? Sepertiku jangka, permintaan itu tidak berpihak padaku. Alasan yang diberi, aku baru sahaja balik dari tiga tugasan luar. Kebetulan pada hari jumaat itu juga selepas aku balik dari tugasan, aku akan terus ke kota metropolitan untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupuku.
 
Cukup seminggu, malam itu Hajar telefon aku sewaktu aku baru sahaja hendak menyuapkan nasi. Aku tinggalkan makan malam itu supaya tidak terlepas untuk berbual dengan Hajar. Aku juga tidak beritahu Hajar yang aku sedang dinner. Aku tak mahu nanti kami berbual tak sampai seminit. Hajar kata dia gembira di sana. Dapat kawan-kawan baru. Tugasan baru yang membuatkan dia lebih sibuk. Mungkin Hajar tak perlu tunggu lama untuk dia lupakan "kisah sedihnya" di sini. Aku gembira dengan cerita itu. Tapi aku sedih sebab aku yang kehilangan kawan untuk aku kongsi cerita-cerita kami.
 
Pagi esoknya, dalam perjalanan ke pejabat, aku teringat Hajar lagi. Arghh... Aku rasa kehilangan yang teramat sangat. Perasaan ini sama seperti sesuatu yang pernah aku rasai dulu. Kehilangan seseorang untuk selamanya. Aku cuba telefon Hajar melalui talian pejabat. Dia tak jawab. Aku menghantar sms. Aku ceritakan perkara yang terjadi sewaktu aku sampai pejabat pagi itu. Aku beritahu sewaktu aku keluar dari kafe membeli sarapan, aku berselilih dengan "Surau". Aku lihat Surau macam nak berbual sesuatu denganku. Tanpa buang masa aku terus cakap padanya, "Hajar dah tak de". Surau balas, "Ha.ah. Dia dah pergi sebelum raya kan?". Aku jawab, "Tak. Dia pergi 29hb kelmarin". Surau cuma jawab "Owh.." dan mengangguk saja. Selepas itu kami pun berlalu. Untuk pengetahuan kau Hajar, sewaktu aku menaip sms tersebut kepada kau, air mata aku juga jatuh. Deras.. Laju.. Sebak.. Merah.. Sakit dada aku menahan.. Tapi aku tak mampu menahan. Akhirnya aku biarkan sahaja ia mengalir. Nasib aku macam kau juga, simpan tisu satu kotak di pejabat.
 
Sepi..
 
Teringat aku pada satu puisi daripada Rangga..
 
"Ku lari ke hutan, kemudian menyanyiku,
Ku lari ke pantai, kemudian teriakku,
Sepi... sepi.. dan sendiri aku benci..,
Aku ingin bingar.. aku mau di pasar,
Bosan aku dengan penat,
Dan enyah saja kau pekat,
Seperti berjelaga jika ku sendiri.
 
Pecahkan saja gelasnya biar ramai,
Biar mengaduh sampai gaduh,
Ada malaikat menyulam
Jaring laba laba belang,
Di tembok keraton putih,
Kenapa tak goyangkan saja
Locengnya..
Biar terdera..
Atau aku harus lari ke hutan..?
Baru ke pantai?"
 
Tengah hari semalam aku keluar dengan Yasmin Tang untuk melawat Raja Zarina yang baru sahaja bersalin di HSA. Yasmin Tang tanya aku, "ada Hajar telefon?" Aku jawab, "ada. Malam tadi. Hajar kata dia baik kat sana. Dia gembira".
Aku tanya balik, "Kak Min ok?". "
"Tak. Sunyi. Ada rasa rindu"
"Saya pun. Saya rasa kehilangan"
"Itu lah kan. Kak Min sekarang seorang je buat kerja, breakfast, lunch.. Tak de teman".
"Hari tu saya tanya kawan kak Min tentang kak Min macam mana. Then Raja yang jawab mestilah dah tak endah sebab Kak Min dah macam tu (preggy)."
"Tapi sunyilah.. Tak ada kawan. sorang-sorang.. Hari tu akak pun sampai menangis juga bila teringat Hajar"
"Akak  sebak iya? Rasa rindu?"
"Ye lah, adalah sikit.. :')"
 
Hajar, kau tau tak, aku rasa kehilangan macam kau dah tiada lagi sehingga aku langsung tak akan dapat berjumpa, berbual, bertepuk-tampar, ketawa, buli kau, marah kau, teman kau datang office siapkan sistem pada hari cuti, keluar waktu tengah hari dengan kau, naik motor kau (terima kasih sebab beberapa kali kau bawa aku naik motor kau. Aku memang jakun dapat naik motor). Dan aku macam tinggalkan kau sebuah nota yang tak pasti kau akan dapat membacanya atau tidak. Entah macam mana pula kalau satu hari nanti jika kita berkesempatan jumpa lagi? Apakah aku akan rasa janggal dan bagaikan perlu berkenalan semula dengan kau? Atau adakah aku akan melupai terus siapa kau? Apakah aku mesti ulangi sebuah lagu yang pernah aku tujukan buat seseorang yang pergi dari hidup aku selamanya? Pengorbanan aku kah itu?
 
Pada masa itu adakah kita akan..
 
Hello my friend, we meet again
It’s been a while, where should we begin?
Feels like forever
Within my heart are memories
Of perfect love that you gave to me
Oh, I remember
When you are with me, I’m free
I’m careless, I believe
Above all the others we’ll fly
This brings tears to my eyes
My sacrifice

We’ve seen our share of ups and downs
Oh, how quickly life can turn around
In an instant
It feels so good to reunite
Within yourself and within your mind
Let’s find peace there

When you are with me, I’m free
I’m careless, I believe
Above all the others we’ll fly
This brings tears to my eyes
My sacrifice

I just want to say hello again
I just want to say hello again

When you are with me I’m free
I’m careless, I believe
Above all the others we’ll fly
This brings tears to my eyes

Cause when you are with me I am free
I’m careless, I believe
Above all the others we’ll fly
This brings tears to my eyes
My sacrifice, My sacrifice

I just want to say hello again
I just want to say hello again

My sacrifice.

Hajar, life must go on....

2 comments:

CtHajar said...

thanks sahabat.... kau tetap ada di hati... diruang istimewa ku tempatkan dalam hati ini... semoga persahabatan kekal abadi walau jarang bertentang mata.... namun sesekali bisa bertentang telinga.... boleh kan....

"saya doakan akak akan ditemukan seorang lg sahabat yg dapat menemani dan berkonsi cerita.... sekiranya jumpa 1 hari nnti... ingtlah bahawa saya yg mengutuskannya bagi mewakili diri saya.... jgn lak lupakan saya..... sayang selalu"

Anonymous said...

best friend forever