Wednesday, May 16, 2012

Ibra, Amay dan Hari Guru

Tema Hari Guru 2012 ialah guru inovatif melonjakkan transformasi pendidikan negara. Tahun ini aku meraikan hari guru. Aku bukanlah guru tapi anakku mempunyai 9 orang guru yang menjaga dan melayan karenah dia sewaktu aku bekerja. Pening juga aku memikirkan hadiah yang sesuai untuk diberi. Antara hadiah hari guru yang popular ialah bunga hidup, minyak wangi, mug, sapu tangan, coklat, kain ela, tudung, jam tangan dan sebagainya. Aku belikan hadiah mug untuk guru-guru tersebut. Hadiah yang simple tapi sangat teruja aku melihatnya apabila aku meletakkan sekeping nota, reben merah dan pin bunga yang comel sebagai hiasan.

Aku meminta Ibra dan Amay memberikan hadiah itu sewaktu pulang dari sekolah. Aku lihat guru-guru itu senyum meleret dan bagaikan terharu apabila hadiah dihulur satu persatu. Ucapan aku kepada teacher Kak Tim, teacher Kema, teacher Rina, teacher Azie, teacher Linda, teacher Fazi (semoga cepat sembuh dan sihat walafiat dari luka kemalangan jalanraya) teacher Lili, teacher Farhana (baru join ngam-ngam time Hari Guru), ex-teacher Ika, ex-teacher Hidayah dan lain-lain yang tak disebut nama sebab korang yang tak bagitau apa nama korang... terima kasih sebab korang menjaga Ibra dan Amay dengan baik. Hingga Ibra juga memanggil aku Teacher Ibu. Selamat Hari Guru. Lots of Love <3 <3

Wednesday, May 02, 2012

Air Mata

Tak pernah aku terfikir akan melihat air mata Jamilah sepanjang berkawan dengannya. Dia seorang yang tabah, ceria, lembut tapi tegas dan kadang-kadang garang selalu saja membuatkan aku boleh ketawa dengan gelagatnya.. Ntah yang mana satu sifat sebenar, aku tak boleh jangka.. Tapi aku suka sebab memang kelakar dan senang untuk berkawan dengannya.

Beberapa hari terakhir semasa dia di tempat kerja aku ni, aku lihat sudah banyak air mata yang dia buang.. Kulit gebu dan putih mulus kemerah-merahan itu membuatkan aku tak sampai hati nak ikut menangis. Aku banyakkan ketawa sampai dia cakap bila dia tengok aku, tak jadi nak menangis. Dia tak tahu kalau aku nangis, habis malu lah dia nak kawan dengan aku ni lagi.. HAhahaaa.. (ye ke..?)

Di sini aku letakkan wajah-wajah Jamilah dengan kawan seperjuangan..

 
 

Hmm.. Sakila, sudah sudah la.. Asyik gosok mata je.. Air mata tak jatuh pun... Intan yang nangis tadi pun dah boleh tolong pujuk kau.. Khikihkihhh..